BANK ISLAM MAYBANK AMBANK PUBLIC BANK
POS CIMB RHB HSBC BANK

 

Alternative flash content

Requirements

Seremban - Semua Majlis Agama Islam Negeri disarankan menyalurkan separuh daripada bantuan bulanan dalam bentuk kupon kepada penerima zakat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penerima bantuan boleh membeli lebih banyak barangan keperluan harian menerusi kaedah berkenaan.

      “Saya fikir mengapa tidak kita menginovasikan kaedah penyaluran bantuan Baitulmal kepada asnaf fakir miskin. “Bagaimanapun, separuh daripada jumlah bantuan tetap akan diberikan dalam bentuk wang tunai,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran Wakaf Mart dan pelancaran Kedai Koperasi Masjid Kariah Panchor Jaya, Seremban.

      Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Razak Mansor, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mat Ali Hassan dan Nazir Masjid Kariah Panchor Jaya, Wan Abdullah Wan Su.

      “Kita akan jalankan program ini dengan kerjasama syarikat yang dapat membekalkan barangan ada harga murah,” katanya. Selain itu menurutnya, semua pihak berkuasa agama Islam negeri digalakkan membangunkan wakaf yang terletak di lokasi strategik, seperti yang dilaksanakan di Negeri Sembilan.

      Sementara itu, Kedai Wakaf Rakyat (Wakaf Mart) di Masjid Kariah Panchor Jaya yang dibangunkan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mampu menjadi ‘serampang banyak mata’ kepada penduduk sekitar. Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Hasaan berkata ia bukan sahaja mempelbagaikan aktiviti masjid dan memberi nilai tambah tanah wakaf melalui pembangunan hartanah tetapi turut membantu mengurangkan kos perbelanjaan harian penduduk.

      “Semua barangan dan produk di Wakaf Mart ditawarkan pada harga lebih murah, selain dibekalkan dengan harga borong termasuk turut menempatkan produk barangan 1 Malaysia,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Wakaf Mart dan Pelancaran Kedai Koperasi (M.Shope.My) Koperasi Masjid Kariah Panchor Jaya.

      Terdapat lima lagi projek pembangunan hartanah wakaf dengan peruntukan RM1.2 juta turut dibangunkan YWM di negeri ini iaitu Wakaf Mart di Masjid Jamek Tunku Besar, Tampin, Wakaf Mart di Masjid Jamek Pekan Gemas, Bazar Wakaf Rakyat di Masjid Kariah Rasah Jaya, Seremban, Bazar Wakaf Rakyat di Masjid Felda Jelai 4, Gemas dan Bazar Wakaf Rakyat di Masjid Jamek Yamtuan Raden, Kuala Pilah.

      Mohamad berkata, beliau yakin Wakaf Mart akan menjadi satu pusat setempat untuk penduduk sekitar untuk membeli-belah disamping menjimatkan perbelanjaan. Menurutnya, daripada 40 peratus hasil jualan yang diperoleh kelak, keuntungan akan diserahkan kepada Perbadanan Baitulmal negeri dan 30 peratus daripadanya diserahkan bagi urusan pengurusan koperasi masjid. “Selebihnya diserahkan untuk urusan pekerja yang dilantik menguruskan kedai berkenaan,” katanya.

      Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan telah membuat keputusan meletakkan Wakaf Mart sebagai kedai panel di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi golongan kurang berkemampuan dan penerima dana zakat.

Jamil Khir dan Mohamad melihat barangan yang dijual di Wakaf Mart Masjid Kariah Panchur Jaya.

 
 
 
 
Joomla Templates by Joomla51.com