26 Jun 2017 (2 Syawal 1438 H) || Nisab Semasa : RM13,765.27

"Negeri Sembilan Negeri Beradat, Negeri Sembilan Negeri Berzakat"


26 Jun 2017 (2 Syawal 1438 H) || Nisab Semasa : RM13,765.27


search
  1. Keahlian kad ini adalah seumur hidup dan pemegang kad mestilah menunjukkan kad ini kepada peniaga (panel ZaKAD) atau juruwangnya sebelum resit dikeluarkan atau pengiraan bayaran dibuat.
  2. Walaupun lambang ZaKAD dipamerkan, peniaga berhak untuk tidak menawarkan diskaun untuk barangan tertentu atau semasa tempoh-tempoh promosi tertentu. Kadar diskaun yang ditawarkan oleh panel-panel pekedai biasanya adalah untuk barangan yang mempunyai harga biasa (tidak termasuk barangan yang ditawarkan potongan harga secara umum).
  3. Diskaun yang ditawarkan tidak meliputi apa-apa cukai atau lain-lain caj yang tidak termasuk dalam harga barangan / perkhidmatan.
  4. PZNS telah berusaha memilih dan melantik peniaga-peniaga yang berwibawa. Walau bagaimanapun, pihak kami tidak bertanggungjawab di atas kualiti barangan / perkhidmatan yang dijual oleh mana-mana peniaga. Sebarang salah faham mengenai perkara tersebut hendaklah diselesaikan sendiri diantara Ahli Kad dan peniaga.
  5. PZNS tidak akan membayar tuntutan diskaun yang tidak diberi oleh peniaga yang telah menamatkan perjanjian dengan PZNS serta tidak lagi mempamerkan pelekat ZaKAD di premisnya walaupun masih tersenarai dalam senarai buku panduan.
  6. Semua diskaun-diskaun yang ditawarkan tertakluk kepada pindaan. Sekiranya pemegang kad tidak mendapat diskaun seperti tercatat di dalam buku panduan panel, sila hubungi PZNS untuk tindakan selanjutnya.
  7. PZNS berhak untuk menambah, memansuhkan atau meminda mana-mana syarat di atas pada bila-bila masa.

 

LARANGAN

-Kad ini tidak boleh digunakan untuk tujuan lain selain sebagai kad pengenalan diri ketika membayar zakat dan untuk mendapatkan potongan harga di premis-premis yang ditentukan sahaja. Kad ini tidak boleh berpindah milik. Hanya pemegang kad sahaja yang layak untuk menikmati potongan harga di premis-premis yang telah dilantik.