26 Jun 2017 (2 Syawal 1438 H) || Nisab Semasa : RM13,765.27

"Negeri Sembilan Negeri Beradat, Negeri Sembilan Negeri Berzakat"


26 Jun 2017 (2 Syawal 1438 H) || Nisab Semasa : RM13,765.27


search

 LIHAT SENARAI PANEL KAD ZaKAD - KLIK DI SINI

  1. Diberi kepada pembayar zakat yang telah membayar melebihi RM 100 di kaunter-kaunter Pusat Zakat Negeri Sembilan, amil-amil masjid, agen-agen bank yang dilantik dan pembayar zakat yang menyertai Skim Potongan Gaji Bulanan melebihi RM 8.00 sebulan.
  2. Kad ini percuma sekali seumur hidup dan layak mendapat keistimewaan potongan harga ke atas barangan yang dibeli di kedai-kedai yang menjadi panel ZaKAD.
  3. Kad ini juga digunakan sebagai pengenalan diri ketika membayar zakat dikaunter-kaunter PZNS dan juga sebagai bukti pemiliknya telah membayar zakat di Negeri Sembilan.
  4. Pastikan nama dan no. ic yang tercatit di atas kad adalah benar. Sebarang kesulitan sila berhubung dengan PZNS di talian 06-7651402.
  5. Bagi pemegang kad ZaKAD versi lama, kad tersebut akan dimansuhkan setelah anda menerima kad ZaKAD versi baru ini.(Keahlian seumur hidup).
  6. Pihak PZNS dengan budi bicaranya akan menggantikan kepada ahli yang kehilangan atau kerosakan kad dengan bayaran caj dikenakan sebanyak RM 3.00. Butir-butir yang tercatat di dalam kad yang diganti sama seperti kad yang hilang/rosak.
  7. Panel-panel pekedai yang dilantik telah menandatangani satu perjanjian bersama PZNS yang akan menawarkan diskaun atau insentif tertentu kepada pemegang ZaKAD yang membeli barangan atau menggunakan perkhidmatan daripada mereka. Untuk mengenalpasti dimana kad ini boleh digunakan, sila perhatikan lambang ZaKAD yang akan dipamerkan di pintu masuk premis perniagaan tersebut.