26 Jun 2017 (2 Syawal 1438 H) || Nisab Semasa : RM13,765.27

"Negeri Sembilan Negeri Beradat, Negeri Sembilan Negeri Berzakat"


26 Jun 2017 (2 Syawal 1438 H) || Nisab Semasa : RM13,765.27


search

"ZaKAD" adalah satu penghargaan atau sumbangan Pusat Zakat Negeri Sembilan kepada umat islam yang tampil menunaikan tanggungjawab berzakat. Pengorbanan umat islam mengeluarkan zakat merupakan tanda kepatuhan serta kesyukuran kepada Allah dan sebahagian hartanya untuk bertujuan tanda kasih bagi umat islam yang memerlukan. Sebagai satu tanda kenangan dan terima kasih kepada pembayar-pembayar zakat, Pusat Zakat Negeri Sembilan menyediakan kemudahan "ZaKAD" untuk dinikmati oleh setiap individu yang telah membayar zakat.

Sabda Rasulullah SAW : " .... Berilah hadiah sesama kamu nescaya kalian akan saling mengasihi.. ." (Riwayat Bukhari).

Panel-panel pekedai yang dilantik adalah terdiri dari perniagaan kepunyaan umat Islam sendiri. Marilah kita bersama-sama meningkatkan kekuatan ekonomi umat Islam dengan membantu mereka.

Sabda Rasulullah SAW : " .... Allah akan sentiasa menolong seseorang selama mana dia menolong saudaranya.... " (Riwayat Muslim).

ZaKAD adalah satu kad yang unik kerana selain memberi pelbagai faedah kepada ahli-ahlinya, ia juga berfungsi sebagai galakan untuk menambahkan kutipan zakat di Negeri Sembilan. Semoga gandingan antara pembayar zakat, panel peniaga dan Pusat Zakat Negeri Sembilan akan menyumbang kepada kekuatan ekonomi umat Islam. Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 2 : " Bekerjasamalah kamu di dalam kebaikan dan janganlah bekerjasama dalam dosa dan permusuhan... ."

 

OBJEKTIF

Kelebihannya adalah berkonsepkan "Memberi dan Menerima" kepada :-

1. Pembayar Zakat

  • Kad ini boleh digunakan sebagai ganti kad pengenalan ketika membayar zakat.
  • Kad ini boleh diberikan kepada wakil sekiarnya pembayar tidak dapat datang sendiri untuk membayar zakat.
  • Kad ini boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun di mana-mana premis yang menjalankan perniagaan yang mempamerkan logo " ZaKAD".

 

2. Panel Peniaga

  • Membantu menambahkan bilangan pembeli dari umat Islam di premis peniaga Islam.
  • Membantu mengenengahkan dan menggalakkan pembeli beragama Islam membeli di premis, perniagaan orang Islam.
  • Sebagai penghargaan kepada peniaga Islam untuk mempromosikan perniagaan mereka, mudah-mudahan hasil keuntungan perniagaan mereka akan dikeluarkan zakat.

 

3. Pusat Zakat Negeri Sembilan

  • Dapat menambahkan bilangan pembayar dan kutipan. Dengan ini secara langsung membantu golongan yang memerlukan.
  • Dapat memberikan penghargaan dan tanda terima kasih kepada pembayar-pembayar zakat yang tampil membayar pada setiap tahun.