18 Nov 2017 (28 Safar 1439 H) || Nisab Semasa : RM14,726.35

"Negeri Sembilan Negeri Beradat, Negeri Sembilan Negeri Berzakat"


18 Nov 2017 (29 Safar 1439 H) || Nisab Semasa : RM14,726.35


search

1. Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 terdapat peruntukan bahawa setiap mereka yang telah membayar zakat boleh dikecualikan atau mendapat pelepasan kadar tersebut dari membayar cukai pendapatan.Untuk mendapatkan pengecualian tersebut, perkara yang perlu dibuktikan ialah :

  • Pembayaran dibuktikan dengan resit yang dikeluarkan oleh pihak yang diberi kuasa untuk memungut zakat.
  • Zakat di bayar kepada amil-amil yang diiktiraf dan dilantik oleh pemerintah.

 

2. Menurut Akta Cukai Pendapatan (Pindaan 2000) sekiranya seseorang individu telah membayar zakat pada 2000, maka pelepasan cukai akan diberikan pada tahun yang sama.

 

Terdapat dua kaedah untuk mendapat pelepasan cukai iaitu :-

i) SITUASI BAGI YANG MEMBAYAR ZAKAT SECARA TUNAI

Ahmad telah membayar zakat sebanyak RM 2,500 secara tunai pada bulan Januari tahun 2000. Ahmad kemudian menyerahkan resit zakat tersebut serta merta ke pejabat LHDN. Pihak LHDN akan membuat arahan bertulis kepada majikan untuk mengurangkan atau melepaskan cukai Ahmad untuk tahun 2000.

CONTOH 1 RM
Cukai dikenakan bagi tahun taksiran 2000 3,000
Zakat yang telah dibayar dalam tahun 2000 2,500
Baki yang perlu dibayar kepada LHDN 500

 

CONTOH 2  RM
Cukai dikenakan bagi tahun taksiran 2000  2,500
Zakat yang telah dibayar dalam tahun 2000  2,500
Baki yang perlu dibayar kepada LHDN  0

 

ii) SITUASI BAGI YANG MEMBAYAR ZAKAT SECARA POTONGAN GAJI (BULANAN)

Menurut Akta Cukai Pendapatan (Pindaan 2000) umat Islam yang membayar zakat melalui potongan gaji akan dapat mengurangkan atau menghentikan bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB) secara serta merta.

SUMBER PENOLAKAN BERDASARKAN KAEDAH B

Contoh 1 :

Bulan Jun 2000 (Zakat : RM 55, PCB : RM 95)

*Anda akan hanya dikenakan PCB sebanyak RM 40.00 (RM 95 - RM 55)

 

Contoh 2 :

Bulan Feb 2000 (Zakat : RM 55, PCB : RM 50)

*Anda tidak dikenakan PCB kerana telah membayar zakat melebihi jumlah PCB.

*Majikan hendaklah menghentikan atau mengurangkan bayaran PCB pekerja berdasarkan jumlah zakat yang telah dibayar.