18 Nov 2017 (28 Safar 1439 H) || Nisab Semasa : RM14,726.35

"Negeri Sembilan Negeri Beradat, Negeri Sembilan Negeri Berzakat"


18 Nov 2017 (29 Safar 1439 H) || Nisab Semasa : RM14,726.35


search

Skim ini diperkenalkan untuk memudahkan umat Islam menunaikan zakat kerana sering timbulnya beberapa masalah untuk menunaikan zakat.

Antara masalah yang sering timbul ialah :

  1. Lokasi kaunter PZNS yang terletak jauh dari rumah atau pejabat.
  2. Kesuntukan masa.
  3. Kesesakan lalulintas dan masalah tempat letak kereta terutama di kawasan bandar.
  4. Tiada wang yang cukup apabila tiba tempoh untuk mengeluarkan zakat.
  5. Tidak tahu bagaimana mengira zakat pendapatan.

 

Keistimewaan Skim Ini.

  1. Membayar secara beransur-ansur.
  2. Mendapat pelepasan Cukai Pendapatan (LHDN).
  3. Menyempurnakan rukun Islam.
  4. Mengelak dari terlupa atau terlalai menunaikan zakat.
  5. Pendapatan bersih, berkat, suci dan subur.

 

Asas Pengiraan Skim Ini.

Terdapat dua kaedah untuk menyertai Skim ini yang boleh di pilih oleh umat Islam :

Kaedah A :

Menggunakan kaedah Pendapatan Kasar (tanpa tolakan) iaitu mengambil 2.5% sebagai zakat atas jumlah pendapatan kasar setahun. Contoh : Gaji Setahun RM16,000 x 2.5% = zakat RM400 setahun. Bayaran bulanan RM33.34 x 12 bulan.

Kaedah B :

Menggunakan kaedah Pendapatan Bersih (Dengan tolakan) iaitu mengambil 2.5% zakat setelah di tolak dengan penolakan yang dibenarkan.

Perbelanjaan yang dibenarkan tolakan (setahun) :

  1. Diri - RM 9,000
  2. Isteri - RM 4,000 x bilangan isteri
  3. Anak - RM 2000 x bilangan anak (IPTA/TS -RM8000 x bilangan anak)
  4. KWSP - 11% daripada pendapatan kasar pokok
  5. Sumbangan kepada Ibu Bapa - RM 100 x 12 bulan

 

SUMBER PENOLAKAN BERDASARKAN KAEDAH B

 Sumber Penolakan  Kahwin(L)  Bujang (L/P)  Kahwin (P) Ibu / Ayah Tunggal 
 Diri - RM 9,000        -
 Isteri - RM 4,000 x bil Isteri    -  -  -
 Anak - (RM 2000 bukan IPTA/IPTS manakala RM8000 untuk IPTS/IPTS) x bil     -  -  
 KWSP - 11% x Pendapatan Kasar    -    
 Sumbangan kepada Ibu Bapa        

Nota :

  1. Bagaimanapun kaedah B ini tidak termasuk tabung haji, insuran dan institusi koperasi yang telah membayar zakat sebagai asas pernolakan.
  2. Asas pengiraan ini hanya berdasarkan kiraan zakat pendapatan sahaja. Sekiranya pekerja turut ingin membayar zakat-zakat harta yang lain melalui potongan gaji termasuk qadha zakat, pekerja bolehlah membuat arahan potongan tambahan kepada pihak majikan.

 

Jadual Skim Potongan Zakat Berjadual (SPZB)

  1. Tanpa KWSP (dalam bentuk pdf)
  2. Dengan KWSP (dalam bentuk pdf)