18 Nov 2017 (28 Safar 1439 H) || Nisab Semasa : RM14,726.35

"Negeri Sembilan Negeri Beradat, Negeri Sembilan Negeri Berzakat"


18 Nov 2017 (29 Safar 1439 H) || Nisab Semasa : RM14,726.35


search

Bagi pengiraan zakat wang simpanan hendaklah dipastikan wang simpanan itu telah melebihi nisab bagi tahun berkenaan dan simpanan tersebut hendaklah mencukupi setahun

Zakatnya adalah 2.5% dari baki terendah yang ada di dalam simpanan berkenaan (cukup setahun).

 

LANGKAH-LANGKAH PENGIRAAN

  1. Tentukan tarikh bermulanya jumlah simpanan yang mencukupi nisab. Itulah tarikh bermulanya haul.
  2. Pastikan jumlah simpanan tidak kurang dari jumlah nisab di sepanjang tempoh haul(setahun) tersebut.
  3. Dapatkan jumlah baki terendah dalam haul tersebut yang melebihi nisab.
  4. Buat tolakan jika ada wang faedah (riba) atas sesuatu simpanan.
  5. Bandingkan jumlah baki terendah simpanan ini dengan nisab akhir haul. Jika jumlah ini menyamai atau melebihi dari nisab tersebut, maka wajiblah dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% iaitu (jumlah baki terendah x 2.5%).

 

Terdapat 2 jenis pengiraan wang simpanan :

1) Simpanan Tetap

 Tarikh Simpanan (RM)
 01.01.2014 15,000
 31.01.2014 15,500

*Zakat : RM 15,000 (baki terendah) x 2.5 % = RM 375

2) Simpanan Tidak Tetap

 Tarikh Masuk (RM) Keluar (RM) Baki (RM)
 01.01.2014 20,000 - 20,000
 04.04.2014  - 1,000 19,000
 08.06.2014 1,000 - 20,000
 15.08.2014 - 2,000 18,000
 31.12.2014 400 - 18,400

*Zakat : RM 18,000 (baki terendah) x 2.5% = RM 450