18 Nov 2017 (28 Safar 1439 H) || Nisab Semasa : RM14,726.35

"Negeri Sembilan Negeri Beradat, Negeri Sembilan Negeri Berzakat"


18 Nov 2017 (29 Safar 1439 H) || Nisab Semasa : RM14,726.35


search

Nilai zakat yang diwajibkan adalah 2.5% atas nilai terendah sesuatu tahun semua saham (setelah ditolak hutang atas saham-saham tersebut), kalau nilai tersebut tidak kurang dari nisab.

 

LANGKAH-LANGKAH PENGIRAAN

  1. 2.5% atas tolakan terendah saham-saham yang dimiliki setahun, setelah ditolak pinjaman membeli saham.
  2. Sekiranya nilai terendah sukar ditentukan, gunakan nilai di awal tahun atau di akhir tahun, mana yang lebih rendah x 2.5%.
  3. Kalau tempoh pemilikan sesuatu saham tidak genap setahun, tetapi secara keseluruhannya harta tersebut bertukarbentuk (beberapa kali sepanjang tahun) dari saham ke wang tunai dan sebaliknya, maka gunakan nilai terendah campuran wang dan saham-saham tersebut sebagai asas mengira zakat didarabkan dengan 2.5%.
  4. Bagi saham-saham yang perlu dimilik oleh seseorang pelabur atau usahawan Muslim secara jangka panjang untuk menguasai sesebuah syarikat, maka bayaran zakat sahamnya wajarlah berasaskan perkiraan yang tidak menjejas kepentingan orang Islam untuk terus menguasai syarikat tersebut.