18 Nov 2017 (28 Safar 1439 H) || Nisab Semasa : RM14,726.35

"Negeri Sembilan Negeri Beradat, Negeri Sembilan Negeri Berzakat"


18 Nov 2017 (29 Safar 1439 H) || Nisab Semasa : RM14,726.35


search

Allah SWT telah mewajibkan zakat tanaman dan buah-buahan terdiri daripada biji-bijirin seperti padi, gandum, jagung, jenis-jenis kacang dan sekoi dan buah-buahan seperti kurma dan anggur sahaja. Ia merupakan makanan asasi sesebuah negara.

Firman Allah di dalam surah Al-Anam ayat 141 yang bermaksud.

"Dan dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar (tanamannya) dan yang tidak menjalar dan pohon-pohon tamar dan tanaman-tanaman yang berlainan dan tidak bersamaan (rasanya) makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik dan menuai".

 

SYARAT WAJIB ZAKAT PADI :

  1. Islam
  2. Milik Sempurna
  3. Cukup Nisab - 5 ausuq (363 gantang bersamaan 1306 kg atau 1.306 tan)

 

KADAR ZAKAT YANG DIKENAKAN :

  • 5% jika menggunakan jentera dan saliran.
  • 10% jika menggunakan air hujan semata-mata.