22 Aug 2017 (31 Zulkaedah 1438 H) || Nisab Semasa : RM13,765.27

"Negeri Sembilan Negeri Beradat, Negeri Sembilan Negeri Berzakat"


22 Aug 2017 (31 Zulkaedah 1438 H) || Nisab Semasa : RM13,765.27


search

Sejarah awal membuktikan emas dan perak sebagai logam yang sangat berguna berdasarkan penggunaannya sebagai mata wang serta sebagai nilai harga barangan. Justeru itu, syura' telah pun menganggap keduanya sebagai kekayaan yang menyuburkan dan telah disyariatkan sebagai wajib zakat sama ada dalam bentuk wang ataupun ketulan yang belum dileburkan. Ini termasuklah dalam bentuk mangkuk, barangan seni, patung dan sebagainya.

 

ZAKAT EMAS

a) Emas Yang Disimpan

Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram) maka, wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas nilai emas tersebut. Nilai yang diambil kira adalah nilai emas sahaja iaitu tidak termasuk batu-batu permata.

Contoh Pengiraan :

Emas yang disimpan atau tidak dipakai sebanyak 115gram iaitu melebihi nisab, maka zakatnya ialah sebanyak :

= 115 gram x RM115.20(*harga semasa 1 gram emas)

= RM 13248.00 x 2.5%

= RM 331.20 (zakat yang dikenakan)

b) Emas Yang Dipakai

Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi 'URUF' (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan). Sekiranya melebihi uruf, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atau nilai lebihan uruf itu. Penggunaan uruf ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada Mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan, buat masa ini uruf yang digunakan di Negeri Sembilan ialah 200 gram.

Contoh Pengiraan :

Seorang wanta yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri sebanyak 300 gram emas maka cara pengiraannya ialah :

= 300 gram (emas yang dipakai) - 200 gram (uruf)

= 100 gram x RM115.20 (*harga semasa 1 gram emas)

= RM 11520.00 x 2.5%

= RM 288.00 (jumlah zakat yang dikenakan).

 

ZAKAT PERAK

Perak yang disimpan dalam tempoh setahun jika melebihi nisab (595 gram).

Contoh Pengiraan :

1000 gram x RM 4.00 (*harga semasa 1 gram perak)

= RM 4000.00 x 2.5%

= RM 100.00 zakat yang dikenakan.