18 Nov 2017 (28 Safar 1439 H) || Nisab Semasa : RM14,726.35

"Negeri Sembilan Negeri Beradat, Negeri Sembilan Negeri Berzakat"


18 Nov 2017 (29 Safar 1439 H) || Nisab Semasa : RM14,726.35


search

Pusat Zakat Negeri Sembilan, anak syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, ditubuhkan pada 29hb September 1998 dengan nama pendaftaran MAINS Zakat Sdn. Bhd (469543-H).

PZNS memulakan operasi di Baitulmal MAINS dan berpindah ke Bangunan Wisma Cahaya pada tahun 1999 dan beroperasi sepenuhnya di Ibu pejabat PZNS di Betaria Business Centre pada bulan Mei tahun 2000.

Bermula hanya dengan penglibatan 10 orang kakitangan, PZNS kini mempunyai seramai 73 orang warga kerja yang terlatih dan berkelayakan daripada pelbagai bidang termasuk bidang agama, perakaunan, sumber manusia dan teknologi maklumat.

PZNS kini mempunyai sebanyak 12 buah kaunter yang terletak di lokasi-lokasi yang strategik di setiap daerah di Negeri Sembilan.

PZNS ditubuhkan bagi memperbaiki dan memperkemaskan lagi kutipan zakat di Negeri Sembilan. Ianya secara langsung akan memberikan kesan yang besar kepada agihan zakat. Dengan menggunakan tenaga muda yang mahir dan disokong oleh penggunaan teknologi terkini, PZNS diharapkan mampu menjadi sebuah Badan Korporat Muslim yang berdaya saing dan mampu memartabatkan institusi zakat di negeri ini khasnya dan di negara amnya.

 

KONSEP PENUBUHAN

  • Menggunakan teknologi berkomputer dalam urusan pungutan zakat.
  • Mengutamakan pelanggan dan perkhidmatan.
  • Menyediakan struktur dan kaedah pengurusan secara korporat muslim.
  • Penglibatan kakitangan yang berkemahiran daripada pelbagai lulusan.
  • Berkonsepkan amil bersatu di bawah satu pengurusan zakat.

 

POLISI KUALITI

Pusat Zakat Negeri Sembilan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti secara berterusan berlandaskan nilai - nilai islam melalui pendekatan profesional dan penggunaan teknologi terkini demi memenuhi keperluan pelanggan.

 

OBJEKTIF KUALITI

  • Meningkatkan kutipan zakat sebanyak 9% setiap tahun.
  • Meningkatkan bilangan pembayar sebanyak 10% setiap tahun.
  • Memberikan perkhidmatan yang cekap dan mesra.
  • Meningkatkan kemahiran sumber manusia.