26 Jun 2017 (2 Syawal 1438 H) || Nisab Semasa : RM13,765.27

"Negeri Sembilan Negeri Beradat, Negeri Sembilan Negeri Berzakat"


26 Jun 2017 (2 Syawal 1438 H) || Nisab Semasa : RM13,765.27


search

14 April 2017, Seremban - Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM 7.4 juta di Klana Resort, Seremban. Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan telah menerima zakat perniagaan dari Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) diwakili Pengerusinya, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Turut hadir, Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS), YB Dato' Dr. Haji Awaludin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, YB Dato' Haji Mat Ali Hassan; Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato' Johani Hassan, Pengarah JHEAINS, Dato' Haji Selamat Paigo, Setiausaha MAINS, Tuan Haji Kamal Amran Kamarudin dan Pengurus Besar PZNS, Ustaz Nor Azmi Haji Musa.