18 Nov 2017 (28 Safar 1439 H) || Nisab Semasa : RM14,726.35

"Negeri Sembilan Negeri Beradat, Negeri Sembilan Negeri Berzakat"


18 Nov 2017 (29 Safar 1439 H) || Nisab Semasa : RM14,726.35


search

06 April 2017, Seremban - Alhamdulillah telah selesai Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang telah disempurnakan oleh YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan di Klana Resort Seremban.

Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) mengucapkan penghargaan kepada Tabung Haji dan BIMB kerana menunaikan zakat perniagaan. Ia menunjukkan kecekapan pengurusan kedua-dua syarikat ini.

Lembaga Tabung Haji (LTH) telah menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM 2,040,443.38 manakala Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM 140,937.60.

Pada tahun 2016 PZNS telah mengutip zakat harta dan fitrah sebanyak RM104 juta.