18 Nov 2017 (28 Safar 1439 H) || Nisab Semasa : RM14,726.35

"Negeri Sembilan Negeri Beradat, Negeri Sembilan Negeri Berzakat"


18 Nov 2017 (29 Safar 1439 H) || Nisab Semasa : RM14,726.35


search

Aplikasi ZakatN9 adalah inisiatif Pusat Zakat Negeri Sembilan dalam menyediakan kemudahan pembayaran zakat secara atas talian kepada pembayar yang ingin menunaikan kewajipan berzakat dalam versi smartphone, tablet yang mana boleh didapati di Google Play dan Apple Store.

Muat turun sekarang di :

 

*Masukkan "ZAKATN9" di ruangan carian Google Play dan Apple Store untuk memuat turun aplikasi Zakatn9 PZNS.

Aplikasi ini menyediakan kemudahan pengiraan zakat, pembayaran zakat secara atas talian dan boleh membuat semakan rekod bayaran zakat di Negeri Sembilan.

Selain itu juga pengguna boleh melihat maklumat berkaitan PZNS seperti berita-berita zakat, lokasi kaunter PZNS dan boleh memuat turun borang permohonan bantuan zakat dan banyak lagi.

Ciri-ciri utama :
1. Memudahkan anda membuat taksiran zakat di mana sahaja,bila-bila masa dengan menggunakan Kalkulator Zakat.
2. Membuat pembayaran zakat secara atas talian melalui Kad Kredit Islamik dan Debit, Perbankan Online dan FPX.
3. Semakan rekod bayaran zakat harta serta maklumat diri anda melalui Penyata Bayaran.
4. Boleh mengetahui maklumat aktiviti dan berita terkini yang dijalankan oleh Pusat Zakat Negeri Sembilan
5. Muat turun borang bantuan permohonan bantuan zakat.
6. Lokasi kaunter cawangan PZNS di semua Negeri Sembilan.

Kami akan sentiasa memastikan anda mampu melaksanakan ibadah zakat dengan sempurna dan tanpa keraguan demi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.