26 Jun 2017 (2 Syawal 1438 H) || Nisab Semasa : RM13,765.27

"Negeri Sembilan Negeri Beradat, Negeri Sembilan Negeri Berzakat"


26 Jun 2017 (2 Syawal 1438 H) || Nisab Semasa : RM13,765.27


search

13 Jun 2017, Seremban - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Pejabat Baitulmal Seremban telah mengadakan Program Santuni Asnaf di Masjid Kariah Rasah Jaya, Seremban.

Turut serta bagi memeriahkan program ini ialah Ahli Jawatankuasa Masjid Rasah Jaya dan Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UITM) Seremban 3. Seramai 15 orang anggota yang terlibat kesemuanya. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Imam Eksekutif Masjid Kariah Rasah Jaya, Ustaz Muhamad Izwan Shuib.

Pihak Baitulmal Seremban memperuntukkan sebanyak RM 2,400 bagi diagihkan kepada 8 buah rumah di kawasan Rasah Jaya. Selain itu, pihak Baitulmal Seremban dan Pihak UITM Seremban 3 telah memberi bantuan makanan seperti barang dapur dan kuih raya bagi persiapan sebelum menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

Hadir sama Pegawai Baitulmal Seremban, Ustaz Iylia Shairazi Mazlan dan kakitangan MAINS.

Kredit - Unit Media MAINS : Haniff