26 Jun 2017 (2 Syawal 1438 H) || Nisab Semasa : RM13,765.27

"Negeri Sembilan Negeri Beradat, Negeri Sembilan Negeri Berzakat"


26 Jun 2017 (2 Syawal 1438 H) || Nisab Semasa : RM13,765.27


search

Tampin - Sebanyak RM 81,800 dana zakat telah diperuntukkan oleh Baitulmal Daerah Tampin untuk diagihkan kepada asnaf yang hadir. Program yang diadakan bertempat di Masjid Kariah Asy Syakirin Gemencheh ini dihadiri seramai 409 asnaf sekitar Gemencheh dimana masing-masing menerima bantuan tambahan sebanyak RM 200 seorang bagi menyediakan kelengkapan menyambut Ramadhan.

Para asnaf juga turut diberikan ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Che Amran Md Yusoff. Semoga bantuan zakat tambahan ini akan dapat digunakan sempena menyambut Ramadhan yang akan tiba beberapa hari saja lagi. Teruskan berzakat di PZNS, kewajipan terlaksana ummah terbela.