26 Jun 2017 (2 Syawal 1438 H) || Nisab Semasa : RM13,765.27

"Negeri Sembilan Negeri Beradat, Negeri Sembilan Negeri Berzakat"


26 Jun 2017 (2 Syawal 1438 H) || Nisab Semasa : RM13,765.27


search

27 April 2017, Kuala Pilah - Sebanyak 288 kotak bernilai RM28,800 yang berisi barangan dapur telah diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin dari 10 kariah masjid sekitar daerah Kuala Pilah bertempat di Masjid Saidina Ali, Kuala Pilah.

Turut diadakan ialah tazkirah oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Ridzuan Mohd Yusof. Kotak yang berisi makanan asasi ini adalah bantuan tambahan selain dari bantuan bulanan yang telah di terima oleh para asnaf tersebut. Terima Kasih buat semua pembayar zakat. Zakat anda meringankan beban mereka.

Kredit : Unit Media MAINS