Peristiwa
Nisab Semasa
Waktu Solat
[ Tukar Kawasan ]
Logo Sirim

Pengguna Online
We have 5 guests onlineUndian
Statistik Pelawat






![]() | Today | 55 |
![]() | Yesterday | 132 |
![]() | This week | 905 |
![]() | Last week | 1115 |
![]() | This month | 2640 |
![]() | Last month | 4528 |
![]() | All days | 165574 |
Your IP: 38.107.179.224
,
Today: May 19, 2012
Muat Turun
| Syarat Penggunaan ZaKAD |
|
|
|
1.0 DEFINISI 1.1 ZaKAD adalah kad yang dikeluarkan oleh Pusat Zakat Negeri Sembilan. Tel : 06-7651402 Fax : 06-7651407 1.3 Panel-panel pekedai yang dilantik telah menandatangani satu perjanjian bersama PZNS yang akan menawarkan diskaun atau insentif tertentu kepada pemegang ZaKAD yang membeli barangan atau menggunakan perkhidmatan daripada mereka. Untuk mengenalpasti dimana kad ini boleh digunakan, sila perhatikan lambang ZaKAD yang akan dipamerkan di pintu masuk premis perniagaan tersebut. 1.4 Senarai panel-panel pekedai akan dikemaskinikan dan dimaklumkan dari semasa ke semasa yang mengandungi senarai nama dan alamat peniaga serta diskaun yang ditawarkan. 2.0 SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN ZaKAD 2.1 Keahlian kad ini adalah seumur hidup. 2.2 Pemegang kad mestilah menunjukkan kad ini kepada peniaga (panel ZaKAD) atau juruwangnya sebelum resit dikeluarkan atau pengiraan bayaran dibuat. 2.3 Walaupun lambang ZaKAD dipamerkan, peniaga berhak untuk tidak menawarkan diskaun untuk barangan tertentu atau semasa tempoh-tempoh promosi tertentu. 2.4 Kadar diskaun yang ditawarkan oleh panel-panel pekedai biasanya adalah untuk barangan yang mempunyai harga biasa (tidak termasuk barangan yang ditawarkan potongan harga secara umum). 2.5 Diskaun yang ditawarkan biasanya tidak meliputi apa-apa cukai atau lain-lain caj yang tidak termasuk dalam harga barangan / perkhidmatan. 2.6 PZNS telah berusaha memilih dan melantik peniaga-peniaga yang berwibawa. Walau bagaimanapun, pihak kami tidak bertanggungjawab diatas kualiti barangan / perkhidmatan yang dijual oleh mana-mana peniaga. Sebarang salah faham mengenai perkara tersebut hendaklah diselesaikan sendiri diantara Ahli Kad dan peniaga. 2.7 PZNS tidak akan membayar tuntutan diskaun yang tidak diberi oleh peniaga yang telah menamatkan perjanjian dengan PZNS serta tidak lagi mempamerkan pelekat ZaKAD di premisnya walaupun masih tersenarai dalam senarai buku panduan. 2.8 Semua diskaun-diskaun yang ditawarkan tertakluk kepada pindaan. 2.9 Sekiranya pemegang kad tidak mendapat diskaun seperti tercatat di dalam buku panduan panel, sila hubungi PZNS untuk tindakan selanjutnya. 2.10 PZNS berhak untuk menambah, memansuhkan atau meminda mana-mana syarat di atas pada bila-bila masa. |
Sms Kami
Tempoh Potongan SPZB
































