Khamis 23 Februari 2012, 0 Rabiulakhir 1433 H
OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.

Peristiwa

Nisab Semasa

Kadar Nisab Zakat Harta Untuk Negeri Sembilan Bagi Tahun 1433H adalah RM 10,670.00

Waktu Solat


[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Logo Sirim

Webmail PZNS

Pengguna Online

We have 11 guests online

Undian

Kadar Nisab Zakat (1432H) Di Negeri Sembilan telah naik dari RM9,350.00 kepada RM10,670.00. Adakah anda perasan tentang kadar kenaikan tersebut?
 

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday172
mod_vvisit_counterYesterday289
mod_vvisit_counterThis week1192
mod_vvisit_counterLast week1823
mod_vvisit_counterThis month5602
mod_vvisit_counterLast month7928
mod_vvisit_counterAll days150310

Online (20 minutes ago): 15
Your IP: 38.107.179.220
,
Today: Feb 23, 2012
CAPAIAN SISTEM ONLINE
OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.
e-Aduan/
Pertanyaan
e-Borang
Potongan Gaji
e-Borang Kemaskini
Maklumat Pembayar
e-Payment Online
Majikan (SPZB)

Zakat Perniagaan Print E-mail

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.

KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN
1) Kaedah Model Berkembang "Growth Model"
Ia mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Di dalam istilah yang lebih ringkas ialah Modal dicampur dengan Keuntungan.
Ekuti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset Bukan Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat
2) Kaedah Model Modal Kerja "Working Capital"
Ia mengambil kira kedudukan Harta Semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat samaada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenalpasti perlu ditambah atau membuat tolakan.

Aset Semasa - Liabiliti Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat
PELARASAN
Pelarasan yang terlibat dalam pengiraan di atas adalah bersumberkan hujah dan asas seperti berikut:
1) Ditolak Daripada Aset Semasa.
Semasa mengambil kira harta semasa berikut adalah perkara yang perlu dibuat pelarasan:
i)Barang-barang Tidak Wajib Zakat : Hendaklah dikeluarkan seperti barang-barang dan hasil yang haram umpama riba, judi dan arak.
ii)Bukan Milik Sempurna : Bayaran deposit air, deposit telefon, elektrik dan lain-lain yang seumpamanya hendaklah ditolak kerana ia tidak memenuhi syarat-syarat milik sempurna. (Zakat hanya tunduk kepada penerima deposit yang berkenaan seperti Telekom, TNB).
iii)Si Penghutang Kewangan : Wang yang dipinjamkan akan dikenakan zakat atas si peminjam berdasarkan bahawa ciri-ciri milik sempurna aset tersebut berpindah ke si peminjam. Si peminjam berkuasa dan bebas untuk menguruskan wang itu untuk sebarang tujuan dan mendapat manfaat di atas pinjaman itu.
iv) Tiada Item Yang Dikenakan Zakat Dua Kali : Nilai dividen yang sudah dibayar zakat oleh syarikat yang dilaburkan akan ditolakkan.
v) Aset Semasa Mestilah Yang Produktif : Hutang lapuk, stok lupus, penurunan nilai yang ketara & kekal hendaklah ditolak.
vi)Tabung-tabung Yang Bersifat Kebajikan : Tabung bagi tujuan kebajukan seumpama khairat, pendidikan yang terdapat dalam aset semasa akan dikecualikan dari zakat. Walaubagaimanapun, tabung kebajikan yang bersifat pusingan seperti pinjaman Qardhul Hassan, amaun yang dikecualikan zakat adalah nilai pokok yang dimanfaatkan manakala bagi tabung kebajikan yang bersifat 'hangus' melalui pemberian derma, khairat maka hanya nilai baki tabung yang dikecualikan.
vii) Bagi Kategori Inventori / Stok : Barangan akhir siap sahaja diambil kira; manakala stok bahan mentah serta kerja dalam proses tidak diambil kira.

1.1 Aset Semasa (Kes Pelarasan yang perlu dicampur)
Semua sumbangan, derma dan sedekah yang dibuat oleh entiti perniagaan tersebut pada akhir haul (sukuan terakhir) perlu dicampurkan semula (dengan andai derma itu tidak menggugat kecairan syarikat) ke dalam harta semasa kerana harta semasa yang disalurkan untuk kebajikan masih dikenakan zakat kecuali kalau sumbernya adalah dari tabung kebajikan.

2) Dicampur Kepada Tanggungan Semasa
Menurut pendapat Imam Syafie - Tidak ada syarat hutang dalam menentukan samaada harta tersebut layak nisab ataupun tidak. Menurut pendapat Syafie hutang kewangan (bukan liabiliti perdagangan) tidak menghalang kewajipan zakat.
Bagi memenuhi nisab, liabiliti semasa yang boleh ditolak adalah yang ianya bersifat operasi sahaja termasuk:
a) Pemiutang Perdagangan (Trade Creditors).
b) Kos operasi (Operation Payables) seperti gaji, elektrik, telefon
c) Cukai.

Oleh yang demikian pelarasan adalah melibatkan item-item yang tidak dibenarkan tolakan seperti berikut:
a) Bukan berbentuk operasi perniagaan iaitu 'financial loans' dan pengkelasan semula pinjaman berjangka.
b) Dividen yang dicadangkan (Dividend Payable).
c) 'Overdraf'.
d) Pajakan kewangan / modal (financial / capital lease).

 
Utama Info Zakat Jenis Zakat Zakat Perniagaan
OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.

Sesuai menggunakan Internet Explorer 7 ke atas dengan menggunakan resolusi 1024x768pixels.

Penafian : PZNS tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami ketika atau telah menggunakan maklumat di dalam laman web ini. Harap Maklum.

JoomlaWatch 1.2.11 - Joomla Monitor and Live Stats by Matej Koval