Khamis 23 Februari 2012, 0 Rabiulakhir 1433 H
OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.

Peristiwa

Nisab Semasa

Kadar Nisab Zakat Harta Untuk Negeri Sembilan Bagi Tahun 1433H adalah RM 10,670.00

Waktu Solat


[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Logo Sirim

Webmail PZNS

Pengguna Online

We have 6 guests online

Undian

Kadar Nisab Zakat (1432H) Di Negeri Sembilan telah naik dari RM9,350.00 kepada RM10,670.00. Adakah anda perasan tentang kadar kenaikan tersebut?
 

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday175
mod_vvisit_counterYesterday289
mod_vvisit_counterThis week1195
mod_vvisit_counterLast week1823
mod_vvisit_counterThis month5605
mod_vvisit_counterLast month7928
mod_vvisit_counterAll days150313

Online (20 minutes ago): 11
Your IP: 38.107.179.222
,
Today: Feb 23, 2012
CAPAIAN SISTEM ONLINE
OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.
e-Aduan/
Pertanyaan
e-Borang
Potongan Gaji
e-Borang Kemaskini
Maklumat Pembayar
e-Payment Online
Majikan (SPZB)

Hikmah-Hikmah Berzakat Print E-mail

1) Kesucian Rohani
Orang-orang yang mengeluarkan zakat, jiwa mereka akan terdidik dengan baik, sifat rahim dan penyayang akan terpupuk di sanubari mereka. Keyakinan dan kepercayaan mereka kepada Allah semakin teguh. Sifat tolong menolong semakin berakar umbi di dalam diri semakin bertambah suci dan sifat taqwa kepada Allah semakin meluap di sanubari mereka. Orang yang sedemikian, tidak gemar mengumpulkan harta sebaliknya mereka akan mengeluarkan. Ini adalah disebabkab mereka tahu harta yang terkumpul itu adalah hak fakir, miskin dan kaum yang lemah untuk mencukupkan nafkah setiap hari.

2) Merapatkan Jurang Perbezaan Di Antara Kaya Dan Miskin
Di dalam proses pemberian dan agihan zakat akan terjalin hubungan di antara satu individu dengan sati individu yang lain khususnya di antara orang kaya dengan orang miskin. Ini adalah kerana wujudnya perintah wajib mengambil harta orang kaya walaupun secara merampas dengan kekuatan undang-undang sebagai zakat untuk diberikan kepada orang miskin.
 
3) Menafikan Kemungkinan Unsur-Unsur Negatif
Sistem zakat di dalam perundangan Islam dianggap sebagai satu-satunya sistem yang mulia dan terpuji di mana zakat berfungsi menafikan sebarang unsur-unsur negatif dari golongan yang tidak berada terhadap golongan yang berada. Melalui sistem zakat ianya akan dapat memusnahkan musibah-musibah yang banyak dengan memberikan pertolongan kepada golongan yang tidak berada dan tidak berupaya. Oleh itu, maka sewajarnya golongan yang berada memberi pertolongan demi membuat kebajikan terhadap segolongan umat yang tidak ada orang yang menanggungnya.

4) Mengurangkan Kadar Kemiskinan
Terdapat berbagai sistem yang cuba digunakan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan, malangnya ianya masih gagal. Di dalam Islam, menghapuskan dianggap tujuan terpenting di dalam sistem ekonominya terutamanya sistem zakat. Penyelesaian masalah kemiskinan tidak akan tercapai jika tidak mengambil kira bahawa di dalam harta orang-orang kaya itu wujudnya hak orang miskin. Oleh itu Islam telah mensyariatkan suatu amalan dengan menfardhukan zakat serta memberikan penentuan terhadap kadar yang harus dikeluarkan. Mengikut Dr. Muhammad Faruq di dalam bukunya 'Al-Ittijah Al-Jamaii Fi-Al-Tasri Al-Iqtisadi Al-Islamiah' - halaman 475, beliau menegaskan hanya zakat sahaja yang boleh menyelesaikan masalah kemiskinan masyarakat Islam. Ini bukanlah bermaksud masalah kemiskinan itu dapat dikurangkan atau diselesaikan dengan begitu mudah dalam masa yang singkat tetapi memakn masa yang panjang. Maka sebab itulah zakat diwajibkan secara berterusan ke atas individu muslim yang telah mencukupi syarat-syaratnya.
 
5) Bekalan Di Akhirat
Dari segi keakhiratan dengan berzakat akan diberi ganjaran 700 kali ganda untuk mereka nikmati selepas mati semata-mata untuk menjamin kebahagiaan mereka di akhirat. Oleh itu zakat merupakan simpanan faedah di akhirat sebanyak 700%. Kenyataan ini dapat dibuktikan di dalam Surah Al-Baqarah : ayat 261 yang bermaksud "Bandingan (perbelanjaan - derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai : tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatilah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya amat luas (rahmat) kurniaNya" .

 
Utama Info Zakat Amalan Berzakat Hikmah-Hikmah Berzakat
OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.

Sesuai menggunakan Internet Explorer 7 ke atas dengan menggunakan resolusi 1024x768pixels.

Penafian : PZNS tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami ketika atau telah menggunakan maklumat di dalam laman web ini. Harap Maklum.

JoomlaWatch 1.2.11 - Joomla Monitor and Live Stats by Matej Koval