Isnin 6 September 2010, 27 Ramadan 1431
OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.

Peristiwa

Jawatan Kosong

Nisab Semasa

Kadar Nisab Zakat Harta Untuk Negeri Sembilan Bagi Tahun 1431H adalah RM 9,350.00

Waktu Solat


[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Logo Sirim

Webmail PZNS

Pengguna Online

We have 2 guests online

Undian

Maklumat apakah yang anda cari di dalam laman web PZNS?
 

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday92
mod_vvisit_counterYesterday105
mod_vvisit_counterThis week197
mod_vvisit_counterLast week983
mod_vvisit_counterThis month789
mod_vvisit_counterLast month5313
mod_vvisit_counterAll days32278

Online (20 minutes ago): 5
Your IP: 38.107.191.109
,
Today: Sep 06, 2010
CAPAIAN SISTEM ONLINE
OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.
e-Aduan/
Pertanyaan
e-Borang
Potongan Gaji
e-Borang Kemaskini
Maklumat Pembayar
e-Payment Online
Majikan (SPZB)

Balasan Baik Dan Buruk Print E-mail

Pengertian Dan Penjiwaan Di Dalam Amalan Berzakat Di Malaysia

1. Pendahuluan
Mengeluarkan zakat adalah perintah Allah swt ke atas setiap hambanya. Ini jelas terbukti di dalam firman Allah yang bermaksud : "Dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat" . Namun begitu kejayaan sistem zakat di dalam sesebuah negara itu banyak bergantung kepada kewujudan sebuah masyarakat Islam yang berjiwa Islam di dalam setiap aspek kehidupan mereka. Adalah tidak mungkin sesuatu aspek itu masih dipengaruhi oleh falsafah dan pendekatan yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam.
 
2. Ukuran Tahap Pengertian dan Penjiwaan Seorang Muslimin Terhadap Persoalan Zakat
Apa yang menjadi persoalan kita sekarang ialah wujud di kalangan masyarakat Islam di Malaysia beberapa sikap dan gelagat yang dapat dijadikan tanda sikap dan penjiwaan seseorang itu adalah bertujuan untuk memeriksa diri sendiri dan memastikan sama ada dirinya didapati bersalah memiliki mana-mana sikap dan gelagat yang akan ditimbulkan nanti.

a) Balasan Baik Pembayar Zakat
Dari Abi Hurairah dan Abu Said r.a., katanya di dalam khutbahnya kepada kami, Rasulullah SAW bersabda : "Mana-mana orang yang mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menjauhi dosa besar yang tujuh, dibukakan baginya pintu-pintu Syurga serta dikatakan kepadanya persilakan masuk dengan selamat sejahteranya" . (Hadith Sahih - Riwayat Nasai)

b) Balasan Buruk Orang Yang Enggan Berzakat
Mengeluarkan zakat adalah merupakan satu kemestian yang wajib dilakukan oleh setiap individu muslim yang telah cukup syarat-syaratnya. Di dalam Al-Quran, Allah telah menjanjikan balasan-balasan baik bagi orang yang mengeluarkan zakat. Sebaliknya bagi mereka yang engkar dan sengaja meremehkan, Allah telah memberi amaran dan menjanjikan dengan azab keseksaan.
i) Diselar Dengan Api Neraka
Ditegaskan di dalam Al-Quran yang bermaksud "Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakan pada jalan Allah, maka khabarkan kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Pada hari itu emas dan perak (harta benda yang dimilikinya) akan dibakar di dalam api neraka lalu diselar ke dahi mereka, rusuk mereka serta di belakang mereka (sambil dikata kepada mereka) : "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk diri kamu sendiri. Oleh itu rasakanlah azab yang pedih akibat dari apa yang kamu simpan" . (Surah Al-Taubah : Ayat 34-35)
ii) Dibelit Dan Dikalung Badan Dengan Api Neraka
Di dalam Surah Al-Imran ayat 180 : "Dan janganlah sekali-sekali orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka dari kemurahannya menyangka bahawa sikap bakhil itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan menjadi bahan seksaan mereka dengan dikalungkan dan dibelit lehernya di hari kiamat kelak...."
Selain daripada itu terdapat hadith-hadith Rasulullah SAW yang memberi gambaran buruk kepada mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
iii) Dituang Dengan Leburan Emas Dan perak
Daripada Abi Hurairah r.a. dan katanya, Rasulullah SAW bersabda mana-mana pemilik emas dan perak yang tidak mengeluarkan zakatnya pada hari kiamat akan disediakan kepingan-kepingan leburan dari api, lalu leburan itu dibakar dalam neraka jahanam, kemudian diselar kepada orang yang enggan mengeluarkan zakat di dahi, dirusuk dan dibelakang mereka.
iv) Dibelit Dan Dipatuk Oleh Ular
Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda "Sesiapa yang diberikan oleh Allah harta benda kemudian ia tidak mengeluarkan zakatnya maka harta itu akan menjadilah baginya pada hari kiamat sebagai seekor ular jantan yang licin berkilat kepalanya (kerana bisanya dan mempunyai 2 tanda hitam di atas keningnya). Ular itu akan membelit badannya pada hari itu dan kemudian mematuk-matuknya lalu berkata : "Aku hartamu, akulah hartamu yang engkau tidak mengeluarkan zakatnya" .

3. Kesimpulan
Zakat adalah rukun Islam iaitu suatu yang wajib ditunaikan tanpa alasan. Di samping melakukan peribadatan kepada Allah SWT, zakat juga berfaedah kepada kepentingan umat Islam. Perlaksanaan zakat adalah satu kemestian atau kewajipan dan berdosalah orang yang telah mencukupi syarat-syarat jika sengaja tidak mahu menunaikannya.

 
Utama Info Zakat Amalan Berzakat Balasan Baik Dan Buruk
OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.

Sesuai menggunakan Internet Explorer 7 ke atas dengan menggunakan resolusi 1024x768pixels.

Penafian : PZNS tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami ketika atau telah menggunakan maklumat di dalam laman web ini. Harap Maklum.

JoomlaWatch 1.2.11 - Joomla Monitor and Live Stats by Matej Koval