Peristiwa
Nisab Semasa
Waktu Solat
[ Tukar Kawasan ]
Logo Sirim

Pengguna Online
We have 5 guests onlineUndian
Statistik Pelawat






![]() | Today | 45 |
![]() | Yesterday | 132 |
![]() | This week | 895 |
![]() | Last week | 1115 |
![]() | This month | 2630 |
![]() | Last month | 4528 |
![]() | All days | 165564 |
Your IP: 38.107.179.220
,
Today: May 19, 2012
Muat Turun
| KOMPLEKS MAINS TIDAK GUNA WANG ZAKAT |
|
|
|
Sebaliknya Menteri Besar, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan memberitahu, projek bernilai RM52 juta itu akan dibiayai melalui pinjaman Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan peruntukan dana sumber am MAINS. Beliau berkata, MAINS mempunyai dana sumber am yang antaranya diperolehi daripada hasil sewaan bangunan, ladang, kuari dan pelaburan dalam institusi kewangan. Bahkan katanya, sumber dana yang sama juga digunakan untuk pinjaman pelajaran kepada penuntut jurusan agama dan perubatan di Asia Barat. "Pembinaan kompleks ini menggunakan dana sumber am dan pinjaman tidak akan membebankan kedudukan kewangan MAINS ketika ini mahu pun pada masa hadapan. "Ini kerana sebahagian daripada kompleks ini akan disewakan kepada beberapa jabatan dan agensi termasuk kepada BIMB yang memberi pinjaman untuk melaksanakan projek ini," katanya pada majlis perasmian projek itu semalam. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenaan menyempurnakan majlis perasmian tersebut. Kompleks pejabat yang khusus bagi keperluan MAINS akan dibina di atas tanah seluas 0.8 hektar milik MAINS. Mohamad menarik perhatian, kedudukan kewangan MAINS kini amat kukuh dan stabil dengan nilai aset melebihi RM150 juta. Jelas beliau, perbelanjaan untuk projek itu tidak akan mengurangkan sedikit pun komitmen MAINS untuk terus membela masyarakat yang memerlukan bantuan dan pertolongan. Bangunan tersebut bukan sahaja untuk keselesaan wargakerja MAINS ianya juga akan memberi keselesaan dan kemudahan kepada umat Islam di negeri ini untuk berurusan dengan institusi agama di bawah satu bumbung('One Stop Centre'). Menurutnya, semua kutipan zakat di negeri ini telah habis diagihkan kepada asnaf yang berhak dengan gaji warga kerja Baitulmal dan MAINS tidak dibayar dari dana zakat. "Bagi 2011, daripada RM58.72 juta yang berjaya dikutip, sebanyak RM59.17 juta diagihkan oleh Baitulmal kepada asnaf yang layak dengan kekurangan ditampung daripada lebihan kutipan pada tahun-tahun terdahulu," katanya.
Penerangan pembinaan bangunan MAINS kepada Tunku Mukriz. Ilustrasi Kompleks Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). |
Sms Kami
Tempoh Potongan SPZB





















14 Februari 2012, Seremban - Pembinaan Kompleks Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) setinggi 15 tingkat dekat sini tidak sedikit pun menggunakan wang zakat yang dikutip oleh agensi itu. 
Ilustrasi Kompleks Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).











