Arkib Berita Arkib Agihan Akhbar Soalan Tazkirah Rangkaian Lain Isi Kandungan Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai Koleksi Jejak Asnaf Koleksi Web Radio Khutbah Jumaat
Sejarah Penubuhan Konsep Penubuhan Visi & Misi Motto Objektif Strategi Budaya Kerja Bahagian/Unit Carta Organisasi Peta Lokasi Pengenalan Jenis Zakat SPZB Zakat Dan Cukai Kalkulator Zakat Cara Kira Zakat Amalan Berzakat Cara Pembayaran Operasi Sampai Ops Rakan Niaga Pameran Zakat Taklimat Zakat Slot Info Zakat Khutbah Jumaat Kuliah Zakat Operasi Akhbar Operasi Tol Operasi Wiper ZaKAD Tahun 2000 Tahun 2001 Tahun 2002 Tahun 2003 Tahun 2004 Tahun 2005 Tahun 2006 Tahun 2007 Tahun 2008Tahun 2009 Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai
Berzakat menyuburkan dan mengembangkan harta pembayar zakat. Firman Allah SWT : "Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah, ialah sama seperti benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, yang mengandungi seratus biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang menghendakinya." (Al-Baqarah, 261)
Kadar Nisab Zakat Harta Untuk Negeri Sembilan Bagi Tahun 1430H adalah
RM 7,909.03
Borang Zakat SPZB Versi .pdf
Borang Zakat SPZB Versi .xls
Powered by Squirrel Mail
(ver 1.5.1)
Username
:
Password
:

PZNS Mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008
     
 
Sucikan jiwa dengan berzakat

     FIRMAN Allah Taala bermaksud: “Dan orang yang menunaikan zakat”. – (Surah al-Mu’minun, ayat 4). Ayat ini adalah sifat ketiga bagi mukmin yang berjaya seperti mana disifatkan sendiri oleh Allah dalam al-Quran. Menurut pandangan kebanyakan ulama bahawa yang dimaksudkan dengan zakat dalam ayat ini ialah zakat harta.

     Sebagaimana dalam ayat yang lain Allah berfirman yang maksudnya: “Dan tunaikanlah haknya pada hari memetik hasilnya (dengan mengeluarkan zakatnya).” – (Surah al-Anam, ayat 141).

     Dalam firman-Nya yang lain bermaksud: “Hai orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu”. – (Surah al-Baqarah, ayat 267).

     Perkataan zakat itu sendiri dalam bahasa Arab membawa dua makna iaitu bersih atau suci dan berkembang atau bertambah. Islam menggunakan perkataan itu bagi menggambarkan tujuannya di sebalik kewajipan terhadap harta itu.

     Jadi, zakat dalam konteks harta di sini bermaksud bersih dan berkembang. Zakat dengan makna bersih iaitu bertujuan membersihkan jiwa orang yang kaya daripada sifat bakhil dan kedekut. Sifat ini adalah penyakit jiwa yang besar bahayanya, kadang-kadang boleh membawa manusia kepada berbunuhan, menceroboh atau menjual negaranya. Mana-mana individu atau masyarakat tidak akan berjaya jika dikuasai sifat kikir dan bakhil ini. Allah Taala berfirman maksudnya: “Dan barang siapa yang dipelihara daripada kekikiran dirinya, mereka itulah orang yang beruntung dan berjaya”. - (Surah al-Hasyr, ayat 9 atau surah al-Taghabun (64), ayat 16).

     Dari segi yang lain, zakat juga bertujuan membersihkan jiwa orang yang fakir dan miskin daripada sifat hasad dan dengki terhadap yang kaya raya. Mereka itu disifatkan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Yang menghimpunkan harta dan menghitung-hitungnya, dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya.” - (Surah al-Humazah, ayat 2-3). Apabila lahir perasaan belas kasihan daripada orang berharta terhadap orang yang miskin dan tidak berada, maka wujudlah kemesraan dan rasa hormat di hati fakir miskin dan sekali gus hilanglah perasaan hasad dengki di hati mereka.

     Lebih jauh dari itu, zakat bertujuan membersihkan masyarakat secara keseluruhannya sama ada kaya mahupun miskin daripada unsur perpecahan, pertelingkahan, perbalahan, fitnah memfitnah antara satu sama lain. Inilah apa yang dikehendaki al-Quran dalam firman Allah bermaksud: “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka.” – (Surah al-Taubah, ayat 103).

     Selain itu, zakat berfungsi membersihkan harta itu sendiri, apabila dalam harta itu mengandungi hak orang lain, maka ia tidak akan suci dan bersih melainkan dengan cara mengeluarkan hak orang lain itu daripadanya. Jika ia tidak dikeluarkan, ia akan berada dalam keadaan tidak bersih.

    Justeru, Rasulullah saw bersabda maksudnya: “Apabila kamu tunaikan zakat hartamu, maka telah hilanglah daripadamu keburukannya.” (Hadis riwayat al-Hakim) dan sabdanya lagi bermaksud: “Bentengilah harta bendamu dengan (mengeluarkan) zakat.” (Hadis riwayat Abu Daud). Alangkah perlunya orang kaya kepada benteng ini, terutama pada zaman sekarang yang penuh dengan pelbagai cabaran dan bencana!

     Ada pun zakat dengan makna kedua iaitu berkembang dan bertambah pula, ia bermaksud berkembang suburnya jiwa dan peribadi orang kaya dengan semangat menabur bakti terhadap sesama manusia serta cintakan kebaikan, menunaikan kewajipannya terhadap agama, saudaranya seagama dan kemanusiaan. Dengan sendirinya ia akan dapat menguasai sifat kikir yang mungkin mempengaruhi hidupnya. Inilah apa yang dinamakan kesuburan jiwa.

     Zakat juga berfungsi menyuburkan jiwa orang miskin dengan merasakan bahawa ia tidak kehilangan atau tersisih dalam kehidupan masyarakat. Ia tidak ditinggalkan dengan sebab lemah dan miskinnya, Tidak, sama sekali, sebaliknya masyarakat akan berusaha menghapuskan kelemahannya, menanggung bebannya dan menghulurkan bantuan kepadanya.

     Kesimpulannya, melalui kewajipan berzakat, lahirlah peribadi mukmin sejati yang bersih jiwanya daripada kerendahan sifat bakhil, kikir, jahat dan tamak, mukmin yang sentiasa simpati terhadap golongan fakir miskin, kurang berada dan memerlukan bantuan. Lahirlah individu mukmin yang sentiasa memikirkan kepentingan umum demi kebahagiaan dan keharmonian hidup bermasyarakat. Sesungguhnya manusia sepatutnya menginsafi bahawa ia bukanlah tuan punya sebenar bagi segala harta itu, tetapi sesungguhnya ia sekadar pemegang amanah yang diberikan daripada pemilik asalnya iaitu Allah swt. Dialah pemilik, pemberi rezeki dan pencipta harta itu. Maka, menjadi kewajipan bagi manusia mematuhi apa yang diperintah oleh pencipta-Nya dan pemilik asal-Nya.

     (Ehsan Berita Harian)

Lain-Lain Tajuk Tazkirah

 
     
Paparan menarik dengan Internet explorer 4 ke atas, dan paling sesuai dilayari dengan menggunakan window XP serta resolution 800x600 pixels
::Hak Cipta Terpelihara © Bahagian IT Pusat Zakat Negeri Sembilan::