Arkib Berita Arkib Agihan Akhbar Soalan Tazkirah Rangkaian Lain Isi Kandungan Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai Koleksi Jejak Asnaf Koleksi Web Radio Khutbah Jumaat Koleksi Jejak Asnaf Koleksi Web Radio Khutbah Jumaat
Sejarah Penubuhan Konsep Penubuhan Visi & Misi Motto Objektif Strategi Budaya Kerja Bahagian/Unit Carta Organisasi Peta Lokasi Pengenalan Jenis Zakat SPZB Zakat Dan Cukai Kalkulator Zakat Cara Kira Zakat Amalan Berzakat Cara Pembayaran Operasi Sampai Ops Rakan Niaga Pameran Zakat Taklimat Zakat Slot Info Zakat Khutbah Jumaat Kuliah Zakat Operasi Akhbar Operasi Tol Operasi Wiper ZaKAD Tahun 2000 Tahun 2001 Tahun 2002 Tahun 2003 Tahun 2004 Tahun 2005 Tahun 2006 Tahun 2007 Tahun 2008Tahun 2009 Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai
Berzakat menyuburkan dan mengembangkan harta pembayar zakat. Firman Allah SWT : "Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah, ialah sama seperti benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, yang mengandungi seratus biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang menghendakinya." (Al-Baqarah, 261)
Kadar Nisab Zakat Harta Untuk Negeri Sembilan Bagi Tahun 1430H adalah
RM 7,909.03
Borang Zakat SPZB Versi .pdf
Borang Zakat SPZB Versi .xls
Powered by Squirrel Mail
(ver 1.5.1)
Username
:
Password
:

PZNS Mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008
     
 
Di Antara Peristiwa Yang Berlaku Pada Bulan Rejab

  Peristiwa Israk Mikraj

     Memperkatakan 'israk dan mik-raj' Nabi s.a.w. bukan saja dari segi bagaimana Allah SWT memperjalankan Rasul-Nya dalam peristiwa tersebut, tetapi juga diperkatakan tentang mukjizat yang berkaitan dengan peristiwa tersebut. Mukjizat adalah sesuatu yang mencarik adat dan di luar kemampuan akal fikiran manusia untuk menilainya.

     Walaupun manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah di muka bumi ini kerana manusia dikurniakan akal fikiran, namun keupayaan akal manusia itu sekadar mana yang Tuhan beri. Dalam perkara mukjizat itu, fikiran dan akal manusia tidak mampu menjangkaunya. Apa yang di luar kemampuan akal manusia menjadikan mereka hilang upaya dan akhirnya buntu. Itulah kedudukan mukjizat di sisi akal manusia yang terbatas.

    Contoh, sejak dari manusia mengenal api, kesimpulan yang mereka dapat bahawa api itu membakar. Tetapi apabila Nabi Ibrahim Khalilullah dibakar oleh para penentangnya dalam unggun api yang besar, kaumnya terkejut besar apabila mendapati Nabi Ibrahim dalam keadaan selamat dan tidak terjejas. Demikianlah contoh mukjizat yang Allah SWT kurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s. membuat akal fikiran para penentangnya buntu, terpegun melihat Nabi Ibrahim segar bugar di dalam nyalaan api yang menjulang. Lemah akal manusia dalam analisa mereka untuk mengetahui apakah sebenarnya hakikat mukjizat itu.

     Dalam banyak perkara yang manusia tidak mampu mengerti sampai bila-bilapun, ialah peristiwa agung 'Israk Mikraj' yang berlaku pada batang tubuh Nabi Muhammad s.a.w.. Bagaimana Nabi s.a.w. sebagai manusia biasa boleh naik ke langit yang tertinggi dengan begitu pantas, tanpa sebarang persiapan dan peralatan, kecuali seekor 'buraq' yang menjadi kenderaan dan pesawat angkasa. Menjelajahi alam angkasa raya, bahkan lebih tinggi. Kemudian Nabi s.a.w. turun semula ke bumi dan pulang ke Makkah, memberitahu orang ramai tentang peristiwa yang dilaluinya. Bingung akal manusia untuk mengerti tentang mukjizat israk mikraj itu.

     Maksud 'Israk' ialah perjalanan (rehlah) yang Allah SWT perlakukan kepada Nabi s.a.w. secara terhormat, bermula dari Masjid al-Haram di Makkah hingga ke masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis di Palestin. Sementara maksud 'Mikraj' ialah kejadian yang berlaku ekoran dari peristiwa israk, iaitu naik dari al-Aqsa kepada beberapa lapis langit yang tinggi, sampai ke suatu peringkat yang tertinggi iaitu suatu tempat bernama 'Sidratul Muntaha' di mana ilmu dan akal manusia atau jin tidak mampu sampai kepadanya.

     Tarikh peristiwa israk mikraj itu berlaku tidak dapat dipastikan dengan tepat, ahli sejarah menganggap peristiwa terhormat yang berlaku kepada Nabi s.a.w. itu sebagai 'khilaf' dari segi tarikhnya. Sebahagian ahli sejarah menyebut pada tahun kesepuluh selepas kenabian, namun ada juga yang mengatakan selepas lari tahun tersebut iaitu tahun kesebelas. Pokok persoalan yang penting diperkatakan ialah tentang peristiwa israk dan mikraj itu sememangnya berlaku ke atas diri Nabi s.a.w. sebelum daripada Nabi berhijrah ke Madinah.

     Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi s.a.w. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.

     Ada pihak yang menimbulkan pertanyaan, adakah israk mikraj Nabi s.a.w. itu berlaku hanya roh sahaja iaitu kejadian seperti mimpi? ataupun kejadian sebenar dengan roh dan jasad Nabi sekali? Hampir keseluruhan umat Islam dan para ulama'nya mengatakan bahawa Nabi s.a.w. di israk dan di-mikrajkan oleh Allah SWT dengan jasad dan rohnya sebagai suatu mukjizat dan kemuliaan dariNya. Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan peristiwa israk mikraj itu dengan panjang lebar.

     Di antara yang disebut oleh Bukhari ialah pada suatu ketika Nabi sedang duduk ditepi Ka'bah, lalu didatangkan oleh malaikat Jibril seekor "Buraq". Dari segi bahasa buraq bererti "kilat cahaya". Ia sejenis makhluk menyerupai haiwan, besar sedikit dari himar dan kecil sedikit dari baghal.

     Bagaimanapun ia dijadikan oleh Allah SWT bukan jenis berdarah, berdaging dan tulang belulang seperti haiwan, sebaliknya ia diciptakan dari cahaya. Hikmah dijadikan buraq yang berfungsi sebagai kenderaan dan pesawat angkasa menyerupai seekor binatang walaupun unsur kejadiannya daripada cahaya, adalah bagi memudahkan Nabi s.a.w. memahami tujuan Jibril datang membawa makhluk menyerupai haiwan untuk dikenderai oleh Nabi s.a.w. dalam peristiwa israk mikraj. Kerana kenderaan yang lazim digunakan oleh manusia pada ketika itu ialah haiwan sama ada unta atau kuda dan seumpamanya.

     Buraq mempunyai kelajuan yang luar biasa iaitu selangkah kakinya memacu, bergerak sejauh mata memandang. Sesuai dengan hakikat 'zat' lembaga buraq yang dijadikan oleh Allah SWT dari cahaya. Ahli sains juga mendapati bahawa pergerakan yang paling pantas di alam maya ini ialah cahaya. Dalam kelajuan seperti cahaya, membolehkan Nabi s.a.w. tiba di Masjid al-Aqsa Baitul Maqdis, alam waktu yang singkat. Sungguh menakjubkan apabila Nabi s.a.w. mengenderai kenderaan dengan kelajuan cahaya tanpa memakai pakaian khas, sedangkan kenderaan buraq itu juga menjadi pesawat yang menembusi angkasa lepas dalam peristiwa mikraj, yang membelah lapisan-lapisan langit menuju ke tempat maha tinggi yang tidak mampu di sebut dengan bahasa manusia. Inilah yang dimaksudkan dengan mukjizat israk mikraj yang tidak mampu difikirkan oleh otak dan akal manusia.

     Hikmah buraq dicipta oleh Allah SWT menyerupai seekor binatang, besar sedikit dari himar dan kecil sedikit dari baghal ialah sebaik saja Nabi s.a.w. tiba di Baitul Maqdis, baginda singgah di Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat dua rakaat, iaitu solat tahiyyatul masjid.

     Mengenai Nabi s.a.w. mendirikan solat tahiyyatul masjid dalam peristiwa israk mikraj, setelah menempuh perjalanan yang jauh dari Makkah ke Baitul Maqdis di Palestin. Ada pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa tersebut, terutama bagi orang yang musafir jauh, telah menjadi kelaziman menjadikan masjid tempat persinggahan, ada yang singgah semata-mata hendak buang air, atau mandi-manda bagi menghilangkan keletihan.

     Orang mukmin yang memahami fungsi masjid, selepas mereka menunaikan segala hajatnya, sudah pasti mereka tidak lupa menunaikan solat sama ada solat fardhu ataupun solat tahiyyatul masjid. Tetapi tidak kurang juga mereka yang tidak tahu menghormati masjid, mereka semata-mata menjadikan masjid ketika terdesak untuk buang air, kemudian beredar meninggalkan masjid berkenaan tanpa melakukan solat sunat tahiyyatul masjid, seolah-olah mereka hanya mengambil kesempatan ketika terdesak, tetapi tidak tahu mengucap terima kasih dengan tuan rumah itu setelah hajat mereka selesai.

     Selepas Nabi s.a.w. menunaikan solat dua rakaat di Masjid al-Aqsa, lalu Jibril membawa dua buah bejana yang mengandungi arak dan yang satu lagi mengandungi susu. Ketika arak belum di haramkan oleh Allah SWT, pengharamannya ialah setelah Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah. Kedua minuman itu diletakkan di hadapan Nabi s.a.w., tidak menjadi kesalahan sekiranya Nabi mengambil arak kerana ketika itu ia belum diharamkan. Tetapi Nabi s.a.w. mengambil bejana yang mengandungi susu dan tidak mengambil bejana berisi arak. Lalu Jibril memberi ucap tahniah kepada Nabi s.a.w. kerana membuat pilihan tepat, iaitu mengambil minuman yang sesuai dengan fitrah manusia. Sekalipun arak boleh diminum ketika itu, tetapi ia adalah minuman yang tidak sesuai dengan tabi'e manusia. Arak boleh merosakkan akal manusia, sebab itu akhirnya Allah SWT mengharamkan arak yang menjadi ibu segala maksiat itu. Sedangkan susu adalah minuman sejak manusia (bayi) dilahirkan, dan ia menjadi minuman semua peringkat umur.

Lain-Lain Tajuk Tazkirah

 
     
Paparan menarik dengan Internet explorer 4 ke atas, dan paling sesuai dilayari dengan menggunakan window XP serta resolution 800x600 pixels
::Hak Cipta Terpelihara © Bahagian IT Pusat Zakat Negeri Sembilan::