Zakat
bukti kekuatan iman, keikhlasan
|
Oleh : Mohd
Rumaizuddin Ghazali
ALLAH
sudah menentukan hak orang miskin dalam harta orang kaya melalui
zakat. Ketentuan Allah itu bagi memenuhi hajat dan keperluan
orang miskin sebagai asnaf yang berhak menerima harta zakat.
Al-Quran
dan Sunnah sentiasa menyebutkan solat dan zakat secara beriringan
untuk menggambarkan betapa kuatnya hubungan antara kedua-dua
amalan itu. Juga untuk menegaskan tidak akan sempurna Islam
seseorang jika mengabaikan kedua-duanya atau salah satu daripadanya.
Al-Quran
menyebut, menunaikan zakat adalah sifat orang beriman yang
baik, bertakwa dan suka menderma. Zakat salah satu tanda keimanan
dan bukti keikhlasan seseorang.
Antara
hikmat zakat ialah:
1.
Satu saranan yang boleh menolong fakir miskin. Dengan zakat
kita boleh menolong orang miskin supaya dapat melaksanakan
perintah Allah dan mengerjakan amal ibadat.
2.
Zakat dapat menyucikan orang yang mengerjakannya daripada
kekotoran dosa, bersifat murah hati dan mengelak sifat bakhil.
Amalan zakat menggalakkan sifat tolak ansur, menunaikan amanah
Allah dengan senang hati dan menyampaikan hak yang ada dalam
hartanya kepada fakir miskin.
3.
Allah menganugerahkan pelbagai nikmat kepada orang kaya dan
satu cara untuk mensyukurinya adalah dengan menunaikan zakat.
Al-Quran
menyebut kepentingan zakat bersama solat sebanyak 28 kali.
Islam memperkenalkan zakat sebagai sesuatu hak yang mesti
ditunaikan. Sejarah membuktikan bahawa Abu Bakar memerangi
orang yang enggan membayar zakat selepas kewafatan Nabi SAW.
Menurut
al-Qaradawi, dalam konsep zakat ini, Islam menetapkan tiga
pengawal iaitu iman kerana iman yang dimiliki mendorong seseorang
mengeluarkan zakat secara rela. Kedua, jiwa masyarakat yang
tidak mempersoalkan tuntutan mengeluarkan zakat dan pengawal
ketiga ialah negara yang merangka serta melaksanakan sistem
zakat secara berkesan.
Al-Qaradawi
berkata, zakat ialah setiap harta yang
berkembang iaitu harta itu sendiri yang berupaya berkembang
dan bertambah. Contohnya haiwan seperti unta, lembu, kambing,
biri-biri dan sebagainya.
Pada
zaman Umar al-Khatab diwajibkan zakat ke atas kuda kerana
ia bertambah dan berupa harta. Selain haiwan, tanaman juga
dikenakan zakat. Al-Qaradawi berpegang kepada pandangan mazhab
Abu Hanifah yang berpendapat setiap apa saja yang terhasil
daripada bumi adalah diwajibkan zakat ke atas perkara itu
apabila mencukupi syarat.
Oleh
itu, ia tidak khusus kepada jenis tertentu sebagaimana digariskan
oleh mazhab lain. Pendapat ini lebih dekat dengan keadilan
Islam dan bersesuaian hadis Nabi SAW yang menyebut bahawa
sesuatu yang mendapat siraman dengan air hujan dikenakan zakat
sepersepuluh.
Perkara
itu termasuk semua harta yang berkembang mempunyai tanggungan
wajib zakat walaupun tidak ada nas yang tetap daripada Rasulullah
SAW tetapi masalah ini dapat diambil daripada kewajipan zakat
secara umum dalam al-Quran dan hadis.
Sebahagian
ahli fekah membatasi kewajipan zakat hanya kepada yang dilakukan
oleh Rasulullah SAW seperti zakat unta, kambing, gandum, kurma,
emas dan perak. Sebahagian ahli fekah meluaskan kewajipan
zakat sehingga mencakupi semua harta dianggap berkembang pada
zamannya.
Antara
ulama paling menonjol dalam hal ini ialah Imam Abu Hanifah
yang mewajibkan semua hasil tumbuhan untuk perniagaan sehingga
ia tidak mewajibkan nisab waktu setahun bagi mengeluarkan
zakatnya.
Abu
Hanifah juga mewajibkan semua jenis binatang yang dikembangkan
untuk tujuan kepentingan perniagaan. Beliau mewajibkan berzakat
atas barang perhiasan namun tidak mewajibkan semua kecuali
bagi orang yang sudah baligh.
Dalil
keluasan kewajipan berzakat ini ialah:
1. Nas umum
mengenai kewajipan berzakat dalam al-Quran dan hadis menetapkan
bahawa pada setiap harta terdapat hak orang lain, sedekah
dan zakat.
2.
Setiap orang yang memiliki kelebihan harta memerlukan penyucian
atas harta yang mereka miliki. Penyucian itu dilakukan dengan
memberi infaq, sedekah dan zakat
3.
Harta memerlukan penyucian daripada perkara meragukan ketika
mendapat-kannya atau ketika mengembangkannya melalui zakat.
4.
Zakat disyariatkan untuk memenuhi keperluan fakir miskin,
orang berhutang, berjuang kepada jalan Allah (Ibn Sabil) demi
kepentingan agama dan umat Islam.
5.
Menkiaskan semua harta yang berkembang dengan harta diwajibkan
oleh Rasulullah untuk dikeluarkan zakat.
Bagi
menjayakan tujuan zakat mestilah memperluaskan kewajipan zakat.
Ia tidak terhad kepada unta, lembu, kambing, gandum, padi,
kurma, emas dan perak. Menurut al-Qaradawi, adalah tidak logik
hanya mewajibkan zakat ke atas penanam padi secara kecil-kecilan
lebih-lebih lagi ada di antara mereka yang menyewa tanah dan
hanya mengambil upah saja. Sedangkan bagi mereka yang mempunyai
ladang luas beratus-ratus ekar tidak dikenakan zakat semata-mata
kerana tanaman mereka bukan daripada jenis yang sama.
Justeru,
bagi melaksanakan keadilan dalam Islam, maka kita perlu melihat
kepada semua mazhab. Contohnya di Mesir, kapas adalah tanaman
berharga dan hasil tanamannya menghasilkan pendapatan hingga
puluhan ribu.
Layakkah
kita mengatakan ia tidak perlu dikeluarkan zakat sementara
petani gandum dan jagung pula diwajibkan zakat apabila cukup
nisabnya sedangkan pendapatan mereka tidak semewah petani
kapas tadi.
Dalam
hal meluaskan kewajipan berzakat adalah disarankan supaya
kita tidak berpegang kepada satu mazhab tetapi mengambil pandangan
mazhab dan imam lain kuat dalil dan hujah serta menepati kehendak
keadilan Islam.
Perkara
kedua adalah pengagihan zakat. Al-Quran mengambil berat hal
ini dengan menentukan orang yang berhak menerima zakat. Matlamat
utama zakat ialah untuk mengatasi masalah kefakiran dan kemiskinan.
Peranan
zakat memenuhi keperluan asas orang fakir dan miskin serta
asnaf lain seperti orang yang berhutang. Hutang bukan untuk
perkara maksiat dan sia-sia. Begitu juga zakat tidak diberikan
kepada yang berhutang bukan kerana barang keperluan asasi
mereka.
Golongan
lain yang berhak mendapat zakat adalah orang yang berjihad
pada jalan Allah dan berdakwah menyebarkan Islam kepada bukan
Islam. Institusi zakat patut membantu organisasi yang menjalankan
tugas sedemikian.
Oleh
itu, kita menyeru pelaksanaan zakat secara sistematik dan
profesional. Ulama bersepakat perlu ditubuhkan satu badan
khas bagi mengelolakan zakat, untuk memungut dan membahagikan
kepada orang yang berhak menerimanya.
Kembali
Ke Halaman Utama |