Arkib Berita Arkib Agihan Akhbar Soalan Tazkirah Rangkaian Lain Isi Kandungan Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai Koleksi Jejak Asnaf Koleksi Web Radio Khutbah Jumaat
Sejarah Penubuhan Konsep Penubuhan Visi & Misi Motto Objektif Strategi Budaya Kerja Bahagian/Unit Carta Organisasi Peta Lokasi Pengenalan Jenis Zakat SPZB Zakat Dan Cukai Kalkulator Zakat Cara Kira Zakat Amalan Berzakat Cara Pembayaran Operasi Sampai Ops Rakan Niaga Pameran Zakat Taklimat Zakat Slot Info Zakat Khutbah Jumaat Kuliah Zakat Operasi Akhbar Operasi Tol Operasi Wiper ZaKAD Tahun 2000 Tahun 2001 Tahun 2002 Tahun 2003 Tahun 2004 Tahun 2005 Tahun 2006 Tahun 2007 Tahun 2008 Tahun 2009 Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai
Berzakat menyuburkan dan mengembangkan harta pembayar zakat. Firman Allah SWT : "Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah, ialah sama seperti benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, yang mengandungi seratus biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang menghendakinya." (Al-Baqarah, 261)
Kadar Nisab Zakat Harta Untuk Negeri Sembilan Bagi Tahun 1430H adalah
RM 7,909.03
Borang Zakat SPZB Versi .pdf
Borang Zakat SPZB Versi .xls
Powered by Squirrel Mail
(ver 1.5.1)
Username
:
Password
:

PZNS Mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008
     
 
1) Zakat Pendapatan
  Dua cara untuk mengira zakat pendapatan:
Cara 1 : (Membayar 2.5% atas pendapatan kasar setahun)
Contoh :
Jika pendapatan kasar setahun ialah RM33,800 maka zakat ialah :
2.5% x  RM33,800 = RM845 setahun.

Cara 2 : (Membayar setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan)
Contoh :
Jika pendapatan setahun RM33,800 dan perbelanjaan - perbelanjaan asasi dan wajib setahun ialah RM20,800 maka, zakat adalah 2.5% atas RM13,000 = RM325 setahun.
2) Zakat Wang Simpanan
  2.5% atas baki terendah sesuatu tahun semua jenis simpanan, kalau baki terendah tersebut bersamaan atau lebih dari nisab.
Contoh :
Kalau jumlah simpanan terendah dalam sesuatu tahun ialah RM40,000, maka zakat ialah:
2.5% x RM40,000 = RM1000 setahun.
3) Zakat Perniagaan
  2.5% atas harta perniagaan yang layak dizakat yang bersamaan atau melebihi nisab.
Harta perniagaan yang layak dizakat ialah : (harta semasa bersih + pelaburan jangka pendek didarab dengan 2.5%). Secara praktik, lihat pada kunci kira-kira perniagaan. Jika pemegang saham berkongsi dengan bukan Muslim, ambil kira peratus milik muslim sahaja dalam harta tersebut.
4) Zakat Saham
  2.5% atas nilai terendah sesuatu tahun semua saham (setelah ditolak hutang atas saham-saham tersebut), kalau nilai tersebut tidak kurang dari nisab.
5) Zakat Emas & Perak
  2.5% atas nilai emas semasa yang disimpan setahun (dengan syarat tidak kurang dari paras nisab). Bagi emas perhiasan yang dipakai ia tidak dikenakan zakat, kecuali melebihi uruf (kadar kebiasaan pemakaian emas masyarakat setempat). Zakat akan dikenakan atas lebihan setelah ditolak uruf.
6) Zakat Pertanian (Padi)
  10% atas nilai tanaman-tanaman yang layak dizakat seperti padi dan biji-bijian dan buah-buahan pada masa ia dituai sekiranya melebihi nisab yang telah ditetapkan.
Contoh :
Padi : Nisabnya 450 gantang @ 1,620 kg. Lazimnya zakat dibayar secara wang tunai dan bukan hasil tanaman.
     Untuk tanaman-tanaman yang lain atau buah-buahan, secara praktik bolehlah diguna nisab 85 gram emas iaitu RM3,000. Kalau nilai lebih dari nisab, baru dikenakan zakat. Zakat atas hasil tanaman dikenakan sebanyak 10% jika disirami menggunakan air hujan atau sungai (sumber semulajadi) dan sekiranya diairi dengan pengairan secara tersusun (seperti taliair) dikenakan atas 5% sahaja.
7) Zakat Ternakan
  Kadarnya bergantung kepada jenis haiwan yang diternak.
Contoh :
i) Lembu, 30 ekor, zakatnya seekor anak lembu (1 tahun) ; 40 ekor, zakatnya seekor lembu ; 60 ekor, zakatnya 2 ekor anak lembu ; 70 ekor, zakatnya seekor lembu dan seekor anak lembu.
ii) Kambing, 40 ekor hingga 120 ekor, zakatnya seekor kambing ; 121 hingga 200, zakatnya 2 ekor kambing.
8) Zakat KWSP
  Caruman wang pekerja dan majikan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikenakan zakat apabila  cukup nisab dan haul.  Terdapat dua pendapat di dalam pengiraan  zakat KWSP iaitu:
1. Milik Tak Sempurna
     Mengikut pandangan ini, zakat hanya wajib dikeluarkan ketika bersara atau mengeluarkan sebahagian wang daripada KWSP semasa cukup umur atau tempoh yang telah ditetapkan. Kadarnya adalah 2.5%. Sebagai contoh, jika pencarum mengeluarkan wang sebanyak RM100,000 maka zakatnya, adalah RM2,500. (Sebagai makluman, Pusat Pungutan Zakat menggunakan pandangan ini dalam pengiraan zakat KWSP)

2. Milik Sempurna

     Mengikut pandangan ini, wang yang tersimpan di dalam KWSP dikenakan zakat apabila ianya cukup nisab dan haul (caruman wang pekerja sahaja iaitu tidak termasuk caruman majikan). Ini bermakna ianya wajib dikeluarkan zakat pada tiap-tiap tahun apabila memenuhi syarat-syaratnya walaupun wang tersebut masih berada di dalam tabung KWSP. Kadarnya adalah 2.5% apabila caruman melebihi nisab.
Contohnya seseorang yang mempunyai caruman bahagiannya sebanyak RM100,000 x 2.5% (kadar zakat) = RM2,500 bayaran zakat bagi tahun tersebut.
 
     
Paparan menarik dengan Internet explorer 4 ke atas, dan paling sesuai dilayari dengan menggunakan window XP serta resolution 800x600 pixels
::Hak Cipta Terpelihara © Bahagian IT Pusat Zakat Negeri Sembilan::