Arkib Berita Arkib Agihan Akhbar Soalan Tazkirah Rangkaian Lain Isi Kandungan Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai Koleksi Jejak Asnaf Koleksi Web Radio Khutbah Jumaat
Sejarah Penubuhan Konsep Penubuhan Visi & Misi Motto Objektif Strategi Budaya Kerja Bahagian/Unit Carta Organisasi Peta Lokasi Pengenalan Jenis Zakat SPZB Zakat Dan Cukai Kalkulator Zakat Cara Kira Zakat Amalan Berzakat Cara Pembayaran Operasi Sampai Ops Rakan Niaga Pameran Zakat Taklimat Zakat Slot Info Zakat Khutbah Jumaat Kuliah Zakat Operasi Akhbar Operasi Tol Operasi Wiper ZaKAD Tahun 2000 Tahun 2001 Tahun 2002 Tahun 2003 Tahun 2004 Tahun 2005 Tahun 2006 Tahun 2007 Tahun 2008 Tahun 2009 Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai
Berzakat menyuburkan dan mengembangkan harta pembayar zakat. Firman Allah SWT : "Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah, ialah sama seperti benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, yang mengandungi seratus biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang menghendakinya." (Al-Baqarah, 261)
Kadar Nisab Zakat Harta Untuk Negeri Sembilan Bagi Tahun 1430H adalah
RM 7,909.03
Borang Zakat SPZB Versi .pdf
Borang Zakat SPZB Versi .xls
Powered by Squirrel Mail
(ver 1.5.1)
Username
:
Password
:

PZNS Mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008
     
 
Objektif
       Skim ini diperkenalkan untuk memudahkan umat Islam menunaikan zakat kerana sering timbulnya beberapa masalah untuk menunaikan zakat.
  Antara masalah yang sering timbul ialah :
i) Lokasi kaunter PZNS yang terletak jauh dari rumah atau pejabat.
ii) Kesuntukan masa.
iii) Kesesakan lalulintas dan masalah tempat letak kereta terutama di kawasan bandar.
iv) Tiada wang yang cukup apabila tiba tempoh untuk mengeluarkan zakat.
v) Tidak tahu bagaimana mengira zakat pendapatan.
Keistimewaan Skim Ini
  a) Membayar secara beransur-ansur.
b) Mendapat pelepasan Cukai Pendapatan (LHDN).
c) Menyempurnakan rukun Islam.
d) Mengelak dari terlupa atau terlalai menunaikan zakat.
e) Pendapatan bersih, berkat, suci dan subur.
Asas Pengiraan Skim Ini
  Terdapat dua kaedah untuk menyertai Skim ini yang boleh di pilih oleh umat Islam :
Kaedah A :
Menggunakan kaedah Pendapatan Kasar (tanpa tolakan) iaitu mengambil 2.5% sebagai zakat atas jumlah pendapatan kasar setahun. Contoh : Gaji Setahun RM16,000 x 2.5% = zakat RM400 setahun. Bayaran bulanan RM33.34 x 12 bulan.
Kaedah B :
Menggunakan kaedah Pendapatan Bersih (Dengan tolakan) iaitu mengambil 2.5% zakat setelah di tolak dengan penolakan yang dibenarkan.
  Perbelanjaan yang dibenarkan tolakan (setahun) :
i) Diri - RM 8,000
ii) Isteri - RM 3,000 x bilangan isteri
iii) Anak - RM 1000 x bilangan anak (IPTA/TS -RM4000 x bilangan anak)
iv) KWSP - 11% daripada pendapatan kasar pokok
v) Sumbangan kepada Ibu Bapa - RM 100 x 12 bulan
SUMBER PENOLAKAN BERDASARKAN KAEDAH B
 
Sumber Penolakan
Kahwin (L)
Bujang (L/P)
Kahwin (P)
Ibu / Ayah Tunggal
Diri - RM 8,000
 
Isteri - RM 3,000 x bil Isteri
 
 
 
Anak - RM 1000 x bil (Anak RM4000 IPTA/TS)
 
 
KWSP - 11% x Pendapatan Kasar
 
Sumbangan kepada Ibu Bapa
  Nota :
i) Bagaimanapun kaedah B ini tidak termasuk tabung haji, insuran dan institusi koperasi yang telah membayar zakat sebagai asas pernolakan.
ii) Asas pengiraan ini hanya berdasarkan kiraan zakat pendapatan sahaja. Sekiranya pekerja turut ingin membayar zakat-zakat harta yang lain melalui potongan gaji termasuk qadha zakat, pekerja bolehlah membuat arahan potongan tambahan kepada pihak majikan.
Jadual Skim Potongan Zakat Berjadual (SPZB)
  i)Tanpa KWSP (dalam bentuk gambar)
ii)Dengan KWSP (dalam bentuk gambar)
 
     
Paparan menarik dengan Internet explorer 4 ke atas, dan paling sesuai dilayari dengan menggunakan window XP serta resolution 800x600 pixels
::Hak Cipta Terpelihara © Bahagian IT Pusat Zakat Negeri Sembilan::