PZNS DI KARNIVAL BERMOTOR ASEAN 2009 |

Seremban 22 Mac 2009 – Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) telah menyertai Karnival Usahawan Belia, Pendidikan dan Sukan Bermotor Asean 2009, anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bertempat di Tapak Bekas Kem Paroi, bermula dari 19 – 22 Mac 2009. Pelancaran oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Para pengunjung yang datang turut mengambil kesempatan membuat taksiran zakat serta mengisi borang Skim Pembayaran Zakat Bulanan (SPZB) secara potongan gaji dan membayar zakat secara tunai di hari berkenaan.
Di hari berkenaan pelbagai agensi dari pihak kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengambil bahagian di karnival tersebut. Golongan remaja yang datang menyaksikan sukan bermotor tersebut, secara tidak langsung turut mendapat pendedahan mengenai tentang persoalan zakat .

Pengunjung sedang mengisi borang SPZB.

Pegawai menyampaikan maklumat zakat kepada
pengunjung.
Lain-Lain Arkib Berita
|