NS
MILIKI PUSAT KEGIATAN SAUDARA BARU
|

13 Febuari 2009, Seremban - Melalui peruntukan zakat, Negeri
Sembilan akan mencatat sejarah sebagai negeri pertama di negara
ini yang mempunyai Pusat Kegiatan Saudara Baru yang menyediakan
pelbagai kemudahan termasuk bimbingan dan perlindungan kepada
golongan itu.
Majlis
perletakan batu asas pusat tersebut telah disempurnakan oleh
YAB. Dato’ Seri Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri
Besar Negeri Sembilan dan pada majlis yang sama diadakan upacara
Menandatangani Perjanjian Pajakan dan Pembangunan Tanah yang
disaksikan oleh YB. Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Turut
hadir ialah Dr. Hj. Sohaimi Hj Mohd Salleh, Ketua Pengarah
Jabatan Wakaf Zakat Dan Haji (JAWHAR).
Pembinaan
pusat tersebut dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke
Sembilan ( RMK- 9) menerusi Pembangunan Harta Wakaf. Projek
ini dibangunkan bersama antara JAWHAR dan MAINS dengan jumlah
keseluruhan projek berkenaan berjumlah RM 7.1 juta yang mana
sebanyak RM 5.1 juta melalui peruntukan MAINS dan RM 2 juta
dibiayai oleh JAWHAR. Fasa pertama projek ini bermula pada
8 Oktober tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada 8 Jun
2010.
Matlamat
utama Pusat Kegiatan Saudara Baru ini diwujudkan adalah untuk
memberi peluang kepada saudara baru untuk mendalami dan menghayati
ajaran Islam melalui pendekatan profesional dengan pengisian-pengisian
berteraskan pemantapan aqidah dan ilmu.

Disinilah Projek Pusat Kegiatan Saudara
Baru
bakal dibangunkan.
Lain-Lain Arkib Berita |