
1 September 2009, Seremban - Rubber Industry Smallholders Development Authority (RISDA) menyerahkan zakat berjumlah RM 13,176.26 kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan.
Pembayaran zakat tersebut telah diadakan pada Majlis Penyampaian Dividen Rancangan Tanam Baru Berkelompok Tahun 2008 di Dewan Sri Minang Pejabat RISDA Negeri baru-baru ini. Pembayaran telah diserahkan oleh YB. Dato’ Haji Hasan Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah kepada wakil PZNS, En. Zamru Shamsudin, Ketua Unit Dakwah Dan Korporat.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah RISDA Negeri, Negeri Sembilan Hj. Abdul Ghafar bin Dato’ Hj. Borhanudin.
Lain-Lain Arkib Berita
|