Arkib Berita Arkib Agihan Akhbar Soalan Tazkirah Rangkaian Lain Isi Kandungan Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai Koleksi Jejak Asnaf Koleksi Web Radio Khutbah Jumaat
Sejarah Penubuhan Konsep Penubuhan Visi & Misi Motto Objektif Strategi Budaya Kerja Bahagian/Unit Carta Organisasi Peta Lokasi Pengenalan Jenis Zakat SPZB Zakat Dan Cukai Kalkulator Zakat Cara Kira Zakat Amalan Berzakat Cara Pembayaran Operasi Sampai Ops Rakan Niaga Pameran Zakat Taklimat Zakat Slot Info Zakat Khutbah Jumaat Kuliah Zakat Operasi Akhbar Operasi Tol Operasi Wiper ZaKAD Tahun 2000 Tahun 2001 Tahun 2002 Tahun 2003 Tahun 2004 Tahun 2005 Tahun 2006 Tahun 2007 Tahun 2008 Tahun 2009 Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai
Berzakat menyuburkan dan mengembangkan harta pembayar zakat. Firman Allah SWT : "Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah, ialah sama seperti benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, yang mengandungi seratus biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang menghendakinya." (Al-Baqarah, 261)
Kadar Nisab Zakat Harta Untuk Negeri Sembilan Bagi Tahun 1430H adalah
RM 7,909.03
Borang Zakat SPZB Versi .pdf
Borang Zakat SPZB Versi .xls
Powered by Squirrel Mail
(ver 1.5.1)
Username
:
Password
:

PZNS Mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008
     
 
KUTIPAN ZAKAT DI MALAYSIA MENCECAH RM1.03B

     

     KUALA LUMPUR - Kutipan zakat seluruh negara mencecah RM1.03 bilion tahun lalu, tertinggi dalam sejarah dan kali pertama melepasi angka satu bilion berbanding RM830 juta pada 2007, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

     Beliau berkata, kejayaan itu adalah hasil kesedaran umat Islam mengenai tanggungjawab terhadap menunaikan rukun Islam ketiga itu, dan pelaksanaan Bulan Zakat Kebangsaan yang julung kali dianjurkan tahun lalu.

     Katanya, peningkatan itu juga disebabkan pelbagai kempen yang dijalankan, disamping wujudnya kepercayaan terhadap institusi zakat yang mengagihkan kutipan kepada golongan asnaf berkelayakan di negara ini.

     "Sebab itu kini kita adakan pelbagai kempen. Kita mahu umat Islam faham, bahawa apabila berzakat, ia akan membantu menambah rezeki mereka, jadi tidak boleh mengelak dan bagi alasan kerana zakat adalah wadah bantuan untuk umat Islam yang memerlukan.

     "Apabila sudah diberikan pemahaman, jadi tidak susah lagi untuk umat Islam menunaikan rukun ini dengan ikhlas." katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan dan Seminar Zakat Kebangsaan 2009 bertemakan 'Zakat: 1 Kewajipan, 1 Juta Harapan' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Datuk Dr Sohaimi Mohd Salleh dan Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (Mata), Abd Aziz Abu Bakar.

Pada majlis itu, Mashitah turut menyampaikan anugerah Tokoh Usahawan Asnaf kepada bekas penerima zakat, iaitu Rosnani Kassim Loh dan Mohd Tohid Sidek yang kini berjaya dalam bidang masing-masing hasil daripada perniagaan yang dibangunkan dengan wang zakat yang diterima.

Mengulas kejayaan dua bekas penerima zakat itu, Mashitah berkata, kejayaan mereka adalah sesuatu yang membanggakan kerana kini tidak lagi menerima bantuan sebaliknya sudah berkemampuan menunaikan tanggungjawab berzakat bagi membantu golongan yang lebih memerlukan.


Menjadi contoh - tokoh usahawan asnaf menerima
hadiah penghargaan.



Melawat pameran Pusat Zakat Negeri Sembilan.

Lain-Lain Arkib Berita

 
     
 
Paparan menarik dengan Internet explorer 4 ke atas, dan paling sesuai dilayari dengan menggunakan window XP serta resolution 800x600 pixels
::Hak Cipta Terpelihara © Bahagian IT Pusat Zakat Negeri Sembilan::