FELCRA BERHAD NEGERI SEMBILAN TERUS BERZAKAT |

11 Ogos 2009, Seremban - Satu Majlis Pengisytiharan Dividen Peserta-Peserta Felcra Bhd. Negeri Sembilan Tahun 2008/Intrim 2009 dan Penyampaian Dividen Menteri Besar Diperbadankan (MBI) telah diadakan di Allson Klana Resort Seremban baru-baru ini. Sebanyak 11,775 peserta Felcra Negeri Sembilan menerima dividen berjumlah RM11.6 juta pada setengah tahun ini. Felcra telah berjaya mencatat keuntungan yang tertinggi dalam sejarah iaitu RM970 juta.
Durian runtuh membabitkan 11,775 peserta itu menterjemahkan kejayaan Felcra Berhad dalam memajukan lebih 13,848 hektar tanah dengan tanaman komoditi kelapa sawit dan getah.
Pada majlis yang sama, pihak Felcra Berhad turut menyerahkan zakat perniagaan kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) berjumlah RM 165,638.21 .Bayaran zakat bagi Felcra Berhad telah diserahkan oleh Y.Bhg Datuk Tajuddin Abdul Rahman Baba selaku pengerusi FELCRA Berhad kepada YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
Didalam ucapannya, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan menyarankan kepada ahli-ahli FELCRA agar terus bergiat aktif dalam sektor pertanian dengan mengambil langkah-langkah yang proaktif tanpa meminggirkan tuntutan agama terutama dalam menunaikan kewajipan berzakat. Dengan komitmen dan pertambahan sektor korporat dalam melaksanakan kewajipan berzakat akan meningkatkan lagi hasil dana zakat dan memastikan ummah terus terbela.
Lain-Lain Arkib Berita
|