BENGKEL ZAKAT STESEN MINYAK PETRONAS |

29 Julai 2009, Seremban - Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) telah menganjurkan Program Bengkel dan Lunch Talk bersama pengusaha stesen minyak Petronas di Negeri Sembilan. Program tersebut mendapat kerjasama pihak Petronas Dagangan yang telah diadakan di Klana Resort, Seremban baru – baru ini. Seramai 50 orang pengusaha stesen minyak telah menghadiri bengkel tersebut.
PZNS mengambil inisiatif tersebut sebagai satu usaha dakwah dan memberikan pendedahan kepada pengusaha stesen minyak akan kepentingan menunaikan kewajipan zakat perniagaan. Di majlis tersebut turut diadakan 'Lunch Talk' oleh Mobiliti One Sdn Bhd untuk memperkenalkan pembayaran zakat harta melalui mesin 'One Pay' di stesen-stesen minyak Petronas.
Diantara pengisian bengkel tersebut ialah tazkirah zakat yang disampaikan oleh Sahibus Fadhillah Tn. Hj. Azamir bin Hj. Alias, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dan pembentangan kaedah pengiraan zakat perniagaan oleh Prof Madya Syed Mohd Ghazali Wafa bin Syed Adwam Wafa dari Yayasan Canselor UKM. Manakala Tn Hj Ibrahim bin Khalid Penolong Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN Negeri Sembilan telah membentangkan kertas kerja bertajuk Taksiran Cukai dan Pelepasan Zakat.
Turut hadir bersama pada majlis tersebut ialah En. Abdul Rahman Tirimin, Pengurus Petronas Dagangan Negeri Sembilan/Melaka.

Pembentangan kertas kerja oleh Prof. Madya Syed
Mohd Ghazali Wafa b Adwam Wafa.

Sambutan yang menggalakkan daripada ,
pengusaha stesen minyak Petronas.

Pengusaha stesen minyak mendengar 'Lunch Talk'
dari Mobiliti One Sdn. Bhd.
Lain-Lain Arkib Berita |