KAUNTER PORT DICKSON DI LOKASI BARU |

1 Jun 2009, Port Dickson - Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) Cawangan Port Dickson yang dahulunya beroperasi di Kedai Masjid Jamek Batu 1 Jalan Pantai Port Dickson, kini telah berpindah ke lokasi yang baru iaitu di alamat No. 56, Tingkat Bawah, Jalan Mahajaya, PD Centre Point, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan bermula pada 1 Jun yang lalu.
Kaunter tersebut menampilkan imej baru dan berada di lokasi yang strategik. Ini akan memudahkan pembayar zakat berurusan dengan lebih selesa kerana lokasi tersebut berhampiran dengan institusi perbankan, pasaraya terkemuka dan kawasan pelancongan.
Waktu urusan kaunter Isnin hingga Jumaat dibuka dari Jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Pegawai yang bertugas di kaunter Port Dickson ialah En. Kamarulzaman bin Alias dan En. Mohd. Yusof bin Abdul Rahim. Sebarang urusan berkaitan zakat silalah hubungi pegawai Kaunter Port Dickson di talian 06-6477420.

Urusan pembayaran lebih selesa dan mudah dikunjungi.

Wartawan Akhbar Sinar hadir ke kaunter PZNS
untuk membuat liputan pembukaan kaunter.
Lain-Lain Arkib Berita |