PZNS TAWAN KEM PORT DICKSON |

22 Mei 2009, Port Dickson - Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) telah mengadakan satu taklimat zakat kepada para pegawai dan perajurit muda Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA). Taklimat tersebut bertujuan untuk memberi penerangan kepada semua anggota tentera agar dapat memahami ibadah zakat dengan lebih jelas dan terperinci.
Turut hadir mendengar taklimat ialah Komandannya iaitu Leftenan Kol. Mohd Nazri Abd Rahman dan Pegawai-Pegawai Kanan yang lain. Selepas taklimat berakhir, seramai 600 orang anggota PUSASDA terus tampil menunaikan zakat dengan mengisi borang Skim Potongan Gaji Bulanan Anggota Tentera (SPZBT).
PZNS telah mengadakan kempen di kem-kem tentera seluruh Negeri Sembilan bermula tahun 2006 dan sehingga kini seramai 2,300 anggota tentera telah menyertai SPZB dengan perolehan mencecah RM 50,000 sebulan atau perolehan RM 500,000 setahun. Kempen-kempen berterusan akan terus dilakukan oleh PZNS di kem-kem tentera seluruh Negeri Sembilan. – MRMY

Taklimat zakat diadakan di Masjid Depoh Kem Garisson.

Perajurit muda mengisi borang potongan gaji.

Perajurit wanita turut hadir mendengar taklimat zakat.
Lain-Lain Arkib Berita |