PEMAIN
BOLA SEPAK NS TUNAI ZAKAT
|

21
Januari 2009 - Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) telah mengadakan
kempen menunaikan zakat pendapatan kepada pemain-pemain bola
sepak Negeri Sembilan di Wisma PBNS baru-baru ini.
Kempen
tersebut adalah usaha menyeluruh PZNS untuk menyebarkan kesedaran
membayar zakat kepada segenap lapisan masyarakat termasuklah
ahli-ahli sukan di negeri ini.
Turut
hadir pada taklimat tersebut ialah Tn Hj Ibrahim b. Shamsudin,
Setiausaha Eksekutif Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan.
Selepas
sesi taklimat tersebut seramai 31 orang pemain bola sepak
Negeri Sembilan yang kini beraksi di Liga Super telah tampil
menyertai Skim Pembayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan
Gaji Bulanan.
Seramai
31 pemain telah tampil menunaikan zakat melalui skim tersebut.
Dari penyertaan pemain yang menyertai skim tersebut PZNS menerima
potongan bulanan sebanyak RM 2,212 atau perolehan sebanyak
RM26,544 setahun.
Antara
barisan pemain yang telah menunaikan zakat pendapatan secara
bulanan ialah pasangan kembar Aidil Zakuan Razak dan Zakuan
Adha Razak, Rezal Zambery b. Yahya, Mohd Farizal b. Harun,
Abdul Rahman b. Zabul, Tengku Qayyum Ubaidillah dan Shahurain
b. Abu Samah.
PZNS
akan terus berusaha menyebarkan kesedaran menunaikan zakat
kepada segenap lapisan masyarakat di negeri ini agar semua
umat Islam yang berkelayakan akan tampil menunaikan kefarduan
berzakat.

Suasana ketika taklimat zakat berlangsung.
Lain-Lain Arkib Berita
|