PZNS
SERTAI EKSPO AGRO - BIOTEC 2008 |
SEREMBAN
- Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) telah menyertai Ekspo
Agro- Biotec 2008 sempena Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan
(HPPN) 2008 Peringkat Negeri Sembilan bertempat di Bekas Tapak
Kem Tentera Paroi dari 13 – 18 November 2008 dan telah
dirasmikan oleh YAB. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad bin
Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Ekspo
tersebut yang menjadi acara tahunan telah disertai oleh 24
agensi kerajaan dan swasta dan 75 buah gerai jualan yang mempromosikan
produk-produk tempatan yang berasaskan pertanian, perikanan
dan ternakan. Para pengunjung turut mengambil peluang untuk
mendapatkan info mengenai tentang zakat harta serta mengisi
borang Skim Potongan Zakat Berjadual (SPZB).
Sepanjang
ekspo ini berlangsung seramai 110 orang pengunjung mengambil
kesempatan untuk menunaikan zakat melalui skim tersebut dengan
jumlah perolehan RM 4,985.58 sebulan atau sebanyak RM 59,826.96
setahun. Majlis Penutup ekspo tersebut telah disempurnakan
oleh Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani Malaysia.

Tunai kewajipan zakat melalui potongan
gaji bulanan.

Penerangan yang jelas dan mesra.

Mencuba nasib, kuiz roda zakat.
Lain-Lain Arkib Berita
|