Arkib Berita Arkib Agihan Akhbar Soalan Tazkirah Rangkaian Lain Isi Kandungan Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai Koleksi Jejak Asnaf Koleksi Web Radio Khutbah Jumaat
Sejarah Penubuhan Konsep Penubuhan Visi & Misi Motto Objektif Strategi Budaya Kerja Bahagian/Unit Carta Organisasi Peta Lokasi Pengenalan Jenis Zakat SPZB Zakat Dan Cukai Kalkulator Zakat Cara Kira Zakat Amalan Berzakat Cara Pembayaran Operasi Sampai Ops Rakan Niaga Pameran Zakat Taklimat Zakat Slot Info Zakat Khutbah Jumaat Kuliah Zakat Operasi Akhbar Operasi Tol Operasi Wiper ZaKAD Tahun 2000 Tahun 2001 Tahun 2002 Tahun 2003 Tahun 2004 Tahun 2005 Tahun 2006 Tahun 2007 Tahun 2008Tahun 2009 Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai
Berzakat menyuburkan dan mengembangkan harta pembayar zakat. Firman Allah SWT : "Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah, ialah sama seperti benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, yang mengandungi seratus biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang menghendakinya." (Al-Baqarah, 261)
Kadar Nisab Zakat Harta Untuk Negeri Sembilan Bagi Tahun 1430H adalah
RM 7,909.03
Borang Zakat SPZB Versi .pdf
Borang Zakat SPZB Versi .xls
Powered by Squirrel Mail
(ver 1.5.1)
Username
:
Password
:

PZNS Mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008
     
 
PZNS ANJUR FUTSAL MAJIKAN 2008

 

     Seremban 16 November 2008 – Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) buat julung kalinya telah menganjurkan kejohanan Futsal Majikan Piala Zakat 2008 yang disertai oleh 20 pasukan dari agensi kerajaan dan swasta.

     Dengan tema “Tunai Zakat, Ukhwah Rapat, Jasmani Sihat”, kejohanan tersebut telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi. Pada kejohanan tersebut Ybhg. Dato’ Mohd Najeeb Abdullah selaku Ahli Lembaga Pengarah PZNS telah hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

     Keunikan penganjuran kejohanan ini adalah kerana disertai oleh pembayar-pembayar zakat dan para majikan yang telah membuat potongan gaji bulanan melalui Skim Potongan Zakat Berjadual (SPZB). Sepanjang kejohanan ini berlangsung, seramai 78 orang pemain telah mengambil kesempatan untuk menunaikan zakat melalui skim tersebut dengan jumlah perolehan RM 948 sebulan atau sebanyak RM 11,376 setahun.

     Ybhg Dato’ Mohd Najeeb dalam ucapannya menjelaskan penganjuran kejohanan seperti ini akan dapat mengeratkan ukhwah diantara organisasi yang terlibat di samping sebagai medium dakwah bagi PZNS.

     “ Saya berharap kejohanan ini akan menjadi satu acara tahunan kerana ianya bukan sahaja merapatkah ukhwah diantara pelbagai organisasi tetapi berjaya melahirkan kesedaran berzakat” ujar beliau.

     Pada kejohanan tersebut SKF Bearing, Nilai telah muncul sebagai johan dengan menewaskan pasukan Samsung Corning, Senawang melalui sepakan penalti setelah kedudukan terikat 2-2.

     Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu mendapat tempat ke tiga setelah menumpaskan pasukan Pusat Latihan Polis Jempol (PULAPAH) dengan jaringan 3-1

     Bagi pasukan “Fair Play” telah diterima oleh pasukan PULAPAH manakala En. Ismadi Sidek dari SKF Bearing dipilih sebagai pemain terbaik kerana aksi yang cemerlang sebagai penjaga gol.


Dato' Mohd Najeeb melakukan sepak mula perlawanan akhir.


Ybhg. Dato' Mohd Najeeb bin Abdullah bersalaman
dengan pemain sebelum perlawan akhir bermula.


Wakil SKF Bearing menjulang Piala Zakat.

Lain-Lain Arkib Berita

 
     
Paparan menarik dengan Internet explorer 4 ke atas, dan paling sesuai dilayari dengan menggunakan window XP serta resolution 800x600 pixels
::Hak Cipta Terpelihara © Bahagian IT Pusat Zakat Negeri Sembilan::