PNB
TUNAIKAN ZAKAT RM 1.4 JUTA |
Seremban
14 November 2008 - Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB)
beserta dua anak syarikatnya iaitu Amanah Saham Nasional Berhad
dan PNB Equity Resource Sdn Bhd yang merupakan institusi saham
terbesar di negara ini telah tampil menyerahkan zakat perniagaan
berjumlah RM 1,450,000.00 bagi tahun berakhir 2006/2007 kepada
Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) dalam satu majlis rasmi
di Klana Resort Seremban.
Cek
zakat tersebut telah diserahkan oleh Ybhg Tan Sri Dato’
Hamid Kama Piah, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB
kepada YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar
Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan (MAINS). Zakat yang diserahkan adalah hasil pendapatan
PNB dari perniagaanya dalam pegangan pelaburan, pengurusan
harta, pengurusan unit amanah dan hartanah, khidmat perundingan
pengurusan dan pengurusan pelaburan.
Dalam
perkembangan lain kutipan zakat harta di Negeri Sembilan dari
bulan Januari sehingga 13 November telah mencecah RM 28.9
juta berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu RM 23.2
juta. Ini menunjukan peningkatan sebanyak RM 5.7 juta atau
kenaikan 24.5 %. Jumlah tersebut telah menghampiri sasaran
kutipan zakat harta sebanyak RM 29 juta pada tahun ini. PZNS
menjangkakan kutipan zakat harta tahun ini akan melebihi sasaran
yang telah ditetapkan. Tahun lalu PZNS telah mengutip zakat
harta sebanyak RM 26.5 juta
Sementara
itu PZNS telah mengutip zakat fitrah pada tahun ini sebanyak
RM 3,618,101.50 dengan jumlah pembayar seramai 556,631 orang
. Ini menjadikan kutipan zakat sehinga kini sebanyak RM 32.5
juta
PZNS
akan terus mempergiatkan kempen-kempen kesedaran berzakat
pada bulan Disember dengan pelbagai mekanisma dakwah bagi
memastikan kutipan zakat terus meningkat dan kutipan tersebut
akan menjana pembangunan ummah di negeri ini.

PNB terus berzakat...
Tan
Sri Dato’ Hamad Kama Piah bersama YAB Menteri Besar
Negeri Sembilan selepas majlis penyerahan zakat.
Lain-Lain Arkib Berita
|