Bantuan
fakir miskin masjid Kariah Cengkau Ulu,Rembau.Penerima
mendapat wang tunai sebanyak RM 100.00
dan bantuan barangan makanan daripada
Baitulmal MAINS.
Pen.
Pegawai Zakat Negeri meyampaikan cek bantuan
zakat .
Program
Motivasi Pembangunan Diri Asnaf 2006
MAINS.
Tarikh
: 10 Mei 2006
Tempat
: Dewan Kuliah Masjid Negeri anjuran
BAITULMAL MAINS.
En.
Azman Bin Misri menerima bantuan zakat RM 400.00 kepada En. Mohd. Iqbal Bin
Mustafa.
Bantuan
RM 200.00 dan barangan kepada fakir
miskin dalam Program Motivasi Pembangunaan
Diri Asnaf 2006 di Dewan Kuliah Masjid
Negeri.
Pn.
Maznah Osman dari Kg. Kepir Hilir,Kuala
Pilah menerima bantuan zakat bulanan sebanyak
4 kali dalam setahun.
Program
Ceramah Motivasi untuk anak-anak fakir
miskin di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah.
Pen.
Pegawai Zakat Negeri meyampaikan cek bantuan
zakat RM 1000 kepada isteri En. Abdul
Manaf bin Mohd. Said di Felda Jelai yang
mengalami sakit buah pinggang.
Mohd.
Rafik Nianiyah Bin Abdullah menerima bantuan
zakat RM 800 untuk bantuan roda cendol.
En.
Shahardin Bin Abas menerima bantuan mesin
rumput.
BANTUAN ZAKAT 2005
Pembantu Penyelia Zakat Daerah Rembau, En. Asraf Bin Abd. Aziz, menyampaikan bantuan zakat berbentuk makanan asasi kepada salah seorang anak yatim di Kg. Serana Rembau.
Pegawai Zakat Negeri, Ust. Zainal Said menjalankan siasatan fakir miskin di Kuala Klawang.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hj. Hasan menyampaikan Skim Bantuan Bencana Alam Baitulmal MAINS kepada salah seorang mangsa banjir yang berlaku baru-baru ini di daerah Jelebu.
Pen. Pegawai Zakat Negeri, En. Mohd Farid Mohd Saleh menyampaikan alat-alat kerusi roda beserta satu set tilam khas untuk Abu Bakar Bohari yang mengalami patah tulang belakang akibat kemalangan yang dialaminya.
Pegawai Agama Islam Daerah Jelebu, Ust. Ibrahim Kasim menyampaikan bantuan makanan asasi dan kewangan Baitulmal kepada mangsa banjir di Surau Taman Bandar Tinggi, Kuala Klawang.
Salah seorang penerima bantuan bencana alam (banjir), menerima bantuan kewangan dari Baitulmal MAINS yang disampaikan oleh Pegawai Agama Islam Daerah Jelebu di Surau Taman Bandar Tinggi, kuala Klawang.
ADUN Kuala Klawang, Y.B. Tuan Jalaluddin Hj. Alias menyampaikan bantuan tahunan masjid dan saguhati AJK Kerja Masjid kepada salah seorang AJK Masjid di daerah Jelebu. majlis penyampaian tersebut dianjurkan oleh Baitulmal MAINS pada 9hb. April 2005.
Mufti Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato' Hj. Mohd murtadza Hj. Ahmad menyampaikan saguhati Baitulmal MAINS kepada Imam Masjid Kariah Batu Serambai.
BANTUAN ZAKAT 2004
Bantuan Untuk Deposit Sewa Beli Teksi - RM 5000
Bantuan Untuk Bekalan Elektrik Di Rumah
Sumbangan Untuk Pesakit Buah Pinggang - RM1080
Bantuan Asas Makanan
Bantuan Rumah Untuk Ibu Tunggal
Bantuan kewangan kepada anak yatim yang disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan di masjid taman Tuanku Jaafar, Seremban
Menteri Besar menyampaikan bantuan zakat berjumlah RM200 seorang kepada fakir miskin dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Tanah Air Hitam, Chembong Rembau.
Siasatan yang dijalankan oleh pegawai zakat negeri baitulmal MAINS keatas seorang ibu tunggal di Kampung Kilang Beras Nilai. Beliau menerima bantuan sebanyak RM800 untuk meringankan kesulitan yang dialami.
Setiausaha SUK, menyampaikan duit zakat sebanyak RM200 seorang kepada para penghuni Rumah Sri Kenanga yang diraikan dalam majlis berbuka puasa di hotel Royal Adelphi anjuran Baitulmal MAINS.
Kegembiraan dan kecerian jelas terpancar di wajah anak-anak yatim apabila menerima duit raya dan hamper daripada S/U Kerajaan Negeri dalam satu majlis berbuka puasa.
Wang tunai sebanyak RM200 setiap orang untuk fakir miskin yang disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan di satu majlis bantuan zakat di Masjid Sungai Timun, Rembau.
Alhamdulillah...bantuan zakat anda telah meringankan bebanan En. Saladin Bin Parmano yang cacat penglihatan di Kampung Kayu Ara, Mambau Seremban. Beliau menerima rumah baru melalui dana zakat yang bernilai RM7000.
YB. ADUN Kuala Klawang menyampaikan hamper dari Baitulmal MAINS kepada para pesakit di hospital Jelebu.
YB. Dato' Norhayati Omar, menyampaikan hamper dari Baitulmal MAINS kepada para pesakit di Hospital Kuala Pilah.
"Syukur, Al-hamdulillah.. terima kasih la YAB Dato' di atas sumbangan ini.", begitulah luahan rasa gembira daripada salah seorang penerima bantuan fakir miskin di Masjid Tanah Air Hitam Chembong, Rembau.
BANTUAN ZAKAT 2003
Bantuan Zakat Berbentuk Komputer
YAB Menteri Besar telah menyerahkan bantuan zakat berbentuk komputer kepada 14 buah Sekolah Rendah Agama Rakyat di seluruh Negeri Sembilan. Bantuan tersebut adalah dibawah kategori asnaf Fisabilillah. Bantuan berbentuk komputer itu adalah untuk memastikan pelajar pelajar di sekolah agama tidak ketinggalan dalam mempelajari bidang teknologi maklumat.
Modal Membuka Gerai Makan
Bantuan Modal perniagaan melalui wang zakat yang bernilai RM5,000.00 diberikan kepada Hassan b. Hussin untuk memulakan perniagaan kedai makan di Nilai, Negeri Sembilan.
Bantuan Modal Perniagaan Kusyen
Bantuan pembelian mesin jahit dan peralatan untuk memulakan perniagaan menjahit kusyen kereta dan perabut kepada En. Saari Ahmadi di Kg. Kubang, Nilai.
Bantuan Zakat Kepada Fakir/Miskin Di Kariah Telok Kemang
Bantuan Fakir Miskin yang disampaikan oleh Ust. Abu Hassan, Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan di Masjid Kariah Telok Kemang, Port Dickson. Seramai 80 orang menerima bantuan yang terdiri daripada 3 Kariah iaitu Kariah Telok Kemang, Kariah Telok Pelandak dan Kariah Sawah Sunggala, Daerah Port Dickson.
Bantuan Zakat Kepada Fakir/Miskin Di Kariah Permatang Pasir
Dato' Ahmad Maher, Pengarah JHEAINS dan S/U MAINS menyampaikan bantuan fakir miskin di Masjid Kariah Permatang Pasir. Seramai 100 orang fakir miskin menerima bantuan tersebut yang terdiri daripada 5 kariah, iaitu Kariah Linggi, Kariah Pengkalan Durian, Kariah Permatang Pasir, Kariah Sungai Raya dan Kariah Tanjung Agus, daerah Port Dickson.
Bantuan Perubatan Penyakit Lumpuh (Stroke)
Bantuan Cek perubatan disampaikan oleh Ust. Mohd Fuad b. Mohd Saleh, Pen. Pegawai Zakat Negeri kepada En. Ibrahim. Beliau mengindap penyakit lumpuh (stroke). Beliau mempunyai 4 orang anak yang sedang bersekolah. Moga-moga bantuan ini dapat meringankan keluarga beliau..
Bantuan Pembedahan Jantung
Bantuan berupa Cek perubatan untuk pembedahan jantung kepada anak penerima.
PERBELANJAAN DANA ZAKAT 2003
ASNAF FISABILILAH
Saguhati AJK Masjid
207,000.00
Pembiayaan Kursus
424,224.01
Mengurus Jenazah Tanpa Waris
11,770.00
Bantuan Surau-Surau
112,696.84
Bantuan Masjid
98,033.60
Derma Perayaan Kebesaran Islam
186,337.20
Bantuan Kepada Pertubuhan Islam
591,578.20
Bantuan Tahunan Masjid
279,500.00
Sukarelawan Dakwah
73,600.00
Aktiviti Pusat kaunseling
153,675.99
Aktiviti Terjemahan Kitab
122,600.00
Tahfiz Al-Quran
396,857.10
Penyelidikan & Pembangunan
93,954.84
Bantuan Badan Penguatkuasa
3,455.00
JUMLAH
2,755,282.78
ASNAF FAKIR MISKIN
Bantuan Makanan & Wang
1,963,757.70
Bantuan Kebajikan Am
187,984.42
Bantuan Perubatan
220,668.00
Bantuan Haemodialisis
262,500.00
Program Pembangunan Asnaf
74,200.00
JUMLAH
2,709,110.12
ASNAF MUALLAF (SAUDARA BARU)
Bantuan Kemasukan Islam
206,280.00
Dermasiswa Muallaf
197,106.80
Bantuan Kebajikan Muallaf
355,164.89
Kursus-Kursus Muallaf
216,001.80
Pertubuhan Kebajikan Muallaf
16,000.00
JUMLAH
990,553.49
ASNAF IBNU SABIL
Bantuan Tambang (Ibnu Sabil)
2,818.00
Bantuan Tambang Pelajar Luar Negera
27,000.00
Ensintif Pegawai Masjid Yang Naik Haji
28,375.00
JUMLAH
58,193.00
ASNAF AKTIVITI PENDIDIKAN (RIQAB)
Subsidi Makan/Asrama Sek. Agama
243,750.00
Dermasiswa Pelajaran
754,580.00
Bantuan Kpd Sek. Agama Rakyat
398,646.80
Kursus Pelajar/Guru Sek.Agama
96,900.00
Pembayaran Gaji Guru
1,096,785.64
Bantuan Pengajian Tinggi
420,760.00
Bantuan Persekolahan
269,730.00
Saguhati Pelajar Timur Tengah
98,500.00
Elaun Penyelia KAFA
26,250.00
Bantuan Perpustakaan Sek.Agama
200,000.00
JUMLAH
3,605,902.44
ASNAF GHARIMIN
Orang Berhutang
59,066.99
Bencana Alam & Kebakaran
71,200.00
JUMLAH
130,266.99
ASNAF AMIL
1,913,558.07
JUMLAH KESELURUHAN
12,162,866.89
BANTUAN ZAKAT SINARI HIDUP PN. SITI AZAM
Bantuan
Zakat Sinari Hidup Puan Siti Azam
Oleh : En. Mohd Rafiz Bin Mohd Yusoff (rafiz@zakatns.com.my)
Terima
kasih bantuan anda tanda kasih sesama umat dan
tanda syukur ke hadrat Allah S.W.T. Tidakkah kita gembira
melihat kegembiraan Insan lain.
Puan
Siti Azam binti Abdul Ghani dari Kg Semarak Rahang,
mempunyai azam yang kuat untuk berusaha dan berdikari
mencari rezeki tanpa bergantung kepada orang lain. Beliau
mempunyai sebuah gerai menjual barang-barang basah dan
runcit di kampunnya. Kerana kekurangan modal Puan Siti
Azam hanya memiliki kedai yang 'ala kadar'. Atas kegigihan
dan kesungguhan yang ditunjukkan, Baitulmal MAINS telah
menghulurkan bantuan berjumlah RM 5,000 untuk memperbesarkan
perniagaannya. RM3,000 diperuntukkan untuk membuat kedai
yang lebih selesa dan RM 2,000 diperuntukkan untuk modal
membeli barangan perniagaan. Beliau dikategorikan di
bawah asnaf fakir miskin. Kini beliau telah memulakan
perniagaan di lokasi baru yang lebih selesa dan strategik.
Bantuan anda telah memberi sinar baru dalam kehidupan
Puan Siti Azam sekeluarga. Doakanlah kejayaan mereka.
Siapa tahu suatu hari nanti Puan Azam akan tampil menjadi
seorang pembayar zakat!
Sebelum
Diberi Bantuan
Selepas
Diberi Bantuan
AGIHAN ZAKAT SANA SINI BIL 4/2003
Agihan Zakat Sana Sini Bil 4/2003
Oleh : En. Mohd Rafiz Bin Mohd Yusoff (rafiz@zakatns.com.my)
Malang En. Hasan bin Husin menetap Nilai , Negeri Sembilan. Beliau telah kehilangan sebelah kakinya apabila terlibat dengan satu kemalangan pada tahun 1982. Semenjak itu , pergerakan beliau amat terbatas dan menyukarkan beliau mencari nafkah untuk 8 orang anak dan isterinya. Mujurlah isterinya tabah menyara kehidupan mereka dengan bekerja di sebuah gerai makan di Nilai. Baitulmal MAINS, telah menyerahkan bantuan zakat berupa sebuah kaki palsu untuk membolehkan beliau bergerak dengan lebih selesa. Selain itu bantuan pendidikan untuk membiayai persekolahan anak - anaknya turut dihulurkan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dari sudut mendapatkan ilmu pengetahuan. Doakanlah kesejahteraan beliau sekeluarga !
Pada 25 / 3 / 2003 Baitulmal MAINS , telah mengadakan Majlis Bantuan Pesakit Buah Pinggang yang telah diberikan kepada 56 orang pesakit buah pinggang di Negeri Sembilan . Mereka telah menerima elaun perubatan berbentuk bantuan kewangan RM 150 - RM 300 sebulan bergantung kepada pendapatan keluarga. Sumbangan tersebut adalah untuk meringankan bebanan pesakit yang terpaksa menanggung kos rawatan Hemodaylisis pada setiap bulan. Majlis penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Y.bhg Dato' Ahmed Maher bin Hj Abd Manan , Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan . Selain daripada penyerahan bantuan tersebut , sesi ceramah motivasi dan kaunseling telah disampaikan oleh penceramah daripada Pusat Kaunseling Mains. Ceramah tersebut bertujuan untuk memberi suntikan semangat kepada para pesakit agar menghadapi ketentuan illahi dan menerima sebarang cubaan hidup ini dengan tabah dan sabar .
Kurang Upaya .., Bantuan anda meringankan beban mereka ! Bantuan zakat berbentuk kerusi roda dihulurkan untuk meringankan kesukaran yang ditanggung.
Turun padang . Wakil Baitulmal MAINS sedang mengadakan program 'Siasatan dan Bancian Fakir Miskin' di seluruh Negeri Sembilan . Tujuan siasatan dan bancian ini diadakan ialah untuk mengenalpasti golongan fakir miskin di Negeri ini yang berkelayakan untuk menerima bantuan zakat. Melalui bancian ini Baitulmal MAINS akan mendapat gambaran secara menyeluruh mengenai golongan fakir miskin dan akan mengambil tindakan susulan serta mengenalpasti jenis bantuan apakah yang mereka perlukan . Program ini telah diadakan di daerah Port Dickson dan akan diadakan secara berperingkat - peringkat di setiap daerah .
AGIHAN ZAKAT SANA SINI BIL 3/2003
Agihan Zakat Sana-Sini
Oleh : En. Mohd Rafiz Bin Mohd Yusoff (rafiz@zakatns.com.my)
Bantuan ke pintu rumah Ibu tunggal, Puan Zaiton Jaafar dari Simpang Durian, Jelebu menerima bantuan zakat berjumlah RM3,000. Bantuan tersebut bertujuan untuk memperbesarkan perniagaan kedai makannya. Kegigihan beliau untuk berdikari dan berusaha amat membanggakan.
Duit zakat Bantuan keperluan makanan seperti beras, tepung, gula, susu dan sebagainya untuk fakir miskin di seluruh Negeri Sembilan.
Untuk warga usia emas Bantuan zakat berbentuk wang tunai, kerusi roda dan lampin pakai buang dewasa diserahkan kepada En.Abdul Razak bin Khatib berjumlah RM1,200.
Yang miskin dibantu Fakir miskin menerima bantuan zakat berbentuk wang tunai, pakaian sembahyang dan keperluan makanan berjumlah RM180 seorang. Bantuan tersebut disampaikan di dalam 'Program Motivasi Fakir Miskin' yang diadakan di setiap daerah di Negeri Sembilan.
BANTUAN ZAKAT SANA SINI HIDUP PN. SITI AISHAH
Bantuan Zakat Sinari Hidup Puan Siti Aisha
Oleh : En. Mohd Rafiz Bin Mohd Yusoff (rafiz@zakatns.com.my)
Mendung hitam menyelubungi hidup Pn. Siti Aishah binti Shahman 43, apabila mengetahui kaki kanannya terpaksa dipotong akibat penyakit barah tulang yang dihidapinya. Nasib malang yang menimpanya adalah satu suratan takdir yang harus ditempuhi. Hidup harus diteruskan. Sebagai manusia , apa yang berlaku harus di hadapi dengan kesabaran dan kecekalan. Tidak semua insan yang bernasib baik di dunia ini. Yang susah memerlukan pertolongan, yang kaya harus tampil menghulurkan bantuan.Itulah tujuan zakat disyariatkan agar umat Islam menjadi umat yang bertanggungjawab membantu saudara seagamanya.
Puan Siti Aishah menetap di Kg Sawah Lebar , Kuala Pilah. Beliau mempunyai 4 orang anak , tiga daripadanya masih bersekolah . Suaminya bekerja sebagai buruh, mujurlah upah kerja suaminya itu telah dibayar dengan cara tinggal percuma dirumah yang didiami keluarganya kini. Untuk menampung perbelanjaan harian, Pn . Siti Aishah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual nasi lemak dan kuih muih di rumah Pangsa Kuala Pilah. Beliau telah memperolehi lesen penjaja harian daripada Majlis Daerah Kuala Pilah.
Pn Siti Aishah begitu tabah menghadapi hidup ini. Berbekalkan tongkat dan kerusi roda beliau tabah menjalankan perniagaannya pada setiap hari. Ketabahan dan kegigihan beliau untuk berdikari sangat mengkagumkan. Walaupun dihimpit kesusahan beliau berjiwa besar, berusaha dan berdikari untuk mencari sesuap nasi. Sesungguhnya masih ramai yang susah. Apakah peranan kita ? disebalik kesenangan hidup yang kita nikmati kini, rupanya ada insan lain yang tabah menghadapi kepayahan dan ranjau-ranjau kehidupan.
Zakat adalah ubat kepada kepayahan Pn Siti Aishah. Sungguh indahnya Islam . Melalui ibadah zakat yang diwajipkan Allah , kepayahan yang di tanggung dapat diringankan. Mendung hitam yang menyelubungi Pn Siti Aishah telah disinari dengan bantuan zakat .
Baitulmal , Majlis Agama Islam Negeri Sembilan telah mengunjungi rumah beliau dan menghulurkan bantuan zakat. Rombongan yang diketuai oleh Ust Zainal b. Said , Pegawai Zakat Negeri ( Agihan ) telah membawa bersama bantuan zakat untuk meringankan beban yang ditanggung. Menurut Ust Zainal Said , Pn Aishah kekurangan modal untuk meluaskan perniagaannya di Pasar Malam , Pekan Kuala Pilah.' Bantuan memulakan perniagaan untuk Pn Siti Aishah telah dihulurkan bagi membolehkan beliau bersama suami dan anak-anak berdikari dan memperolehi pendapatan' kata Ust Zainal ketika ditemui baru-baru ini.
Baitulmal MAINS, telah menguruskan pembelian barang - barang keperluan perniagaanya dan memastikan segala bantuan dan peralatan sampai ke tangan pemohon. Diantara barang - barang keperluan yang diberikan ialah satu dapur gas berkembar, tabung gas, periuk besar untuk memasak nasi lemak, mesin kelapa, belender untuk cili , sekaki payung , dua basikal chopper untuk anaknya dan bantuan modal berbentuk wang tunai.
Kini, beliau telah memulakan perniagaannya pada setiap malam di Pasar Malam, Pekan Kuala Pilah. Kesungguhan Pn. Siti Aishah untuk berdikari adalah satu contoh ketabahan dan kegigihan sebuah keluarga. Beliau tidak mahu terus dibantu sebaliknya ingin terus berusaha selagi keringatnya masih ada. Kehilangan sebelah kaki pasti menghadkan pergerakannya. Memikirkan masalah itu, Baitulmal MAINS telah membeli kaki palsu untuk membolehkan Pn Siti Aishah berdiri dan berjalan. Bantuan kaki palsu ini membolehkan Pn Siti Aishah menjalankan perniagaannya dengan lebih selesa dan melakukan kerja - kerja rumah seperti dulu.
Kini, keluarga Pn. Siti Aishah kembali ceria, anak-anaknya pasti gembira melihat ibunya mampu berdiri dan berjalan seperti dulu! Bantuan zakat kini menyinari hidup mereka . Zakat yang dihulur memberi sinar baru kepada Pn Siti Aishah sekeluarga. Sebenarnya masih banyak lagi kisah - kisah sebegini ., kepada pembayar zakat syabas kerana bantuan anda menyinari kehidupan insan lain. Yang belum , teruskan usaha dan kerja keras anda untuk menjadi pembayar Zakat. Tidakkah kita gembira melihat kegembiraan orang lain ?
Begitu besar hikmahnya Allah mewajibkan umat Islam menunaikan zakat. Disamping membantu insan lain , zakat juga menyubur, ,menyucikan dan membenteng harta kita. Kegigihan dan ketabahan Pn Siti Aishah mengingatkan kita kepada sebuah peribahasa Melayu yang cukup popular - ' Patah sayap bertongkat paruh , patah paruh bertongkat dagu , namun gunung di daki, di daki jua!' Siapa tahu , mungkin pada suatu hari nanti Pn. Siti Aishah akan tampil menjadi pembayar zakat ! Doakanlah kejayaan beliau sekeluarga.
* Keseluruhan perbelanjaan yang dihulurkan oleh Baitulmal MAINS kepada Pn Siti Aishah ialah RM 4,800. Baitulmal MAINS akan terus memberi khidmat nasihat kepada beliau dan keluarga dari semasa ke semasa.
BERITA AGIHAN BIL 1/2002
Berita Agihan Bil 1/2002
Musnah ..kebakaran rumah En. Saari Ahmad di Nilai. Bantuan zakat berjumlah RM 7,000 diberikan kepada beliau untuk meringankan bebanan.
(Gambar : Ust. Zainal Said, Pegawai Zakat Negeri (Agihan) sedang melawat tapak kebakaran.)
Kursus Motivasi dan Kaunseling untuk fakir miskin diadakan di Jelebu , Negeri Sembilan.
Bantuan makanan ..Pegawai Agama Islam Daerah Jelebu menyampaikan agihan zakat berbentuk keperluan harian kepada fakir miskin di Jelebu,Negeri Sembilan.
Keperluan asasi ..Baitulmal mengagihkan bantuan zakat berbentuk makanan berupa beras,gula,susu, minyak, sardine dan sebagainya kepada fakir dan miskin di seluruh Negeri Sembilan. Bantuan akan diberikan melalui kariah masjid untuk diagihkan. Bantuan ini diberikan setahun empat kali kepada golongan fakir miskin. Bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan golongan tersebut.
Program keagamaan ..Kursus Kefahaman Islam selama tiga hari untuk banduan-banduan di penjara Seremban sempena Program Maal Hijrah. Banduan-banduan tersebut diberi pendedahan mengenai cara hidup yang lebih positif dan penekanan kepada penghijrahan diri agar menjadi insan yang bertakwa dan beriman.
Paparan menarik dengan Internet explorer 4 ke atas, dan paling sesuai dilayari dengan menggunakan Window XP serta resolution 800x600 pixels