130 TERIMA ZAKAT DI PASOH 1 |

Pasoh 1 - Kegembiran dan keceriaan 130 penerima bantuan bulanan Baitulmal jelas terserlah apabila mereka tidak hanya diberikan bantuan bulanan sebanyak RM100 seorang, tetapi turut menerima duit raya RM200 dari Baitulmal sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Noraziah Md Parman, 37, dari Kampung Mentaus berkata, dia menantikan bantuan itu sebagai permulaan untuk dia sekeluarga membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri sama seperti keluarga lain. Menurutnya, sebelum menerima bantuan tersebut, dia tidak membuat sebarang persedian kerana kewangan tidak mencukupi, ditambah kesihatan suaminya yang tidak mengizinkan sejak kebelakangan ini.
“Penyampaian bantuan zakat ini bagaikan rahmat untuk keluarga saya kerana kami memerlukan ini bagi memastikan kami tidak ketinggalan menyambut lebaran. Oleh itu, saya berharap bantuan ini diteruskan dari semasa ke semasa dan pihak berkaitan akan berusaha mencari golongan yang memerlukan untuk memastikan mereka dapat merasai kegembiraan serupa dengan saya”.
Sementara itu, Siti Hajar Ahmad, 71, dari Kampung Mentaus berkata, dia gembira kerana tersenarai sebagai penerima bantuan bulanan zakat dan berharap penerima bantuan itu ditingkatkan jumlahnya kerana ramai ibu tunggal dan warga emas senasib dengannya.

Ceria… salah sebuah keluarga mendapat
bantuan sebelum menyambut syawal.
Lain-Lain Arkib Berita
|