Arkib Berita Arkib Agihan Akhbar Soalan Tazkirah Rangkaian Lain Isi Kandungan Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai Koleksi Jejak Asnaf Koleksi Web Radio Khutbah Jumaat
Sejarah Penubuhan Konsep Penubuhan Visi & Misi Motto Objektif Strategi Budaya Kerja Bahagian/Unit Carta Organisasi Peta Lokasi Pengenalan Jenis Zakat SPZB Zakat Dan Cukai Kalkulator Zakat Cara Kira Zakat Amalan Berzakat Cara Pembayaran Operasi Sampai Ops Rakan Niaga Pameran Zakat Taklimat Zakat Slot Info Zakat Khutbah Jumaat Kuliah Zakat Operasi Akhbar Operasi Tol Operasi Wiper ZaKAD Tahun 2000 Tahun 2001 Tahun 2002 Tahun 2003 Tahun 2004 Tahun 2005 Tahun 2006 Tahun 2007 Tahun 2008 Tahun 2009 Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai
Berzakat menyuburkan dan mengembangkan harta pembayar zakat. Firman Allah SWT : "Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah, ialah sama seperti benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, yang mengandungi seratus biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang menghendakinya." (Al-Baqarah, 261)
Kadar Nisab Zakat Harta Untuk Negeri Sembilan Bagi Tahun 1430H adalah
RM 7,909.03
Borang Zakat SPZB Versi .pdf
Borang Zakat SPZB Versi .xls
Powered by Squirrel Mail
(ver 1.5.1)
Username
:
Password
:

PZNS Mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008
     
 
ZAKAT CERIAKAN FAKIR MISKIN

  
Isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin, (kanan) menyampaikan agihan zakat  kepada Siti Hajar Shafiei di Rantau, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

       08 September 2009, Seremban - Wajahnya mungkin tidak menggambarkan apa - apa cerita yang menarik. Namun di sebalik paras rupa yang ceria itu, si fakir miskin yang menerima bantuan Ramadan baru-baru ini sentiasa diruntun pilu. Apa tidaknya, hidup dalam kesempitan setiap hari dan menghitung detik untuk menanti hari esok menjadikan golongan ini sentiasa berdebar-debar dalam menyara kehidupan keluarga dan anak-anak tersayang. Namun begitu, walau apa pun penderitaan dan kisah pilu yang mereka alami, kerajaan tidak pernah sepi daripada menghulurkan bantuan agar ketibaan hari lebaran pada 1 Syawal nanti memberi sinar kegembiraan buat golongan yang kurang bernasib baik ini.

    Bagi penerima bantuan zakat daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di Rantau, dekat sini baru-baru ini, wang yang diterima itu melenyapkan keresahan yang ditanggung mereka untuk menghadapi Aidilfitri. Bagi Noriah Othman, 58, dari Kampung Pasir, Rantau, sumbangan itu cukup bermakna untuk dirinya, lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang menjalankan ibadah berpuasa pada bulan Ramadan. ''Dapatlah saya menggunakan wang itu untuk membeli keperluan dapur dan barangan lain untuk persediaan hari raya ini," katanya yang pernah bekerja sebagai buruh di ladang kelapa sawit.

    Noriah yang mempunyai 16 orang anak memberitahu, dia kini tidak mempunyai pendapatan dan masih menanggung empat anak yang berusia 15 tahun hingga 25 tahun.''Saya gembira dengan sumbangan ini. Sekurang-kurangnya golongan miskin dan kurang bernasib baik seperti saya mendapat perhatian daripada kerajaan," katanya yang kematian suaminya kira-kira 10 tahun lalu memberitahu, sambutan menjelang Aidilfitri dilakukan secara sederhana, bersesuaian dengan keadaan kehidupannya ketika ini. ''Kami menyambut ketibaan 1 Syawal mengikut acuan kami. Ikutlah kemampuan yang ada. Anak-anak akan balik dan itu adalah keceriaan dalam keluarga saya," katanya yang mempunyai 12 orang cucu.

    Sementara itu, Mohd. Said Hasan, 67, yang kudung kedua-dua belah tangannya akibat kemalangan di tempat kerja memberitahu, dia gembira kerana menerima sumbangan dari dana zakat. ''Terima kasihlah. Ini besar ertinya buat kami yang kurang bernasib baik ini. Ia adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Saya bersyukur dengan nikmat ini," katanya. Tambah Mohd. Said, sumbangan itu akan digunakan untuk membeli keperluan harian dan perbelanjaan sepanjang bulan Ramadan ini.

    ''Semoga ia cukup untuk kegunaan kami sepanjang bulan Ramadan ini," ujanya. Manakala Siti Hajar Shafiei, 18, yang buta kedua-dua matanya memberitahu, hidupnya sentiasa ceria dan gembira kerana ramai yang mengambil berat termasuk ahli keluarga dan kerajaan. ''Hari ini saya menerima sumbangan dan datang bersama kakak. Walaupun saya tidak dapat melihat, pemberian itu amat bermakna. Ia menandakan ada insan yang masih sayangkan golongan kurang bernasib baik seperti saya," katanya.

    Bagi Putih Mohamad Nor, 82, yang terpaksa menggunakan kerusi roda kerana uzur berkata, dia cukup gembira kerana menerima  sumbangan zakat. ''Tentulah saya riang dan seronok. Ramai yang dapat sumbangan dan bantuan. Saya akan simpan sedikit dan selebihnya guna untuk keperluan hari raya ini," katanya yang mempunyai lapan orang anak. Apa pun yang diterima oleh golongan ini, mereka sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan, malahan ada di antara mereka yang mengalirkan air mata dan tidak kurang juga yang tersenyum gembira.

    Sekurang-kurangnya, beban yang mereka tanggung dan kerisauan menghadapi bulan Ramadan ketika ini akan sedikit terubat, walaupun esok mereka terpaksa menghitung hari memikirkan corak keceriaan menjelang 1 Syawal. Sesungguhnya sangat besar hikmah zakat kepada ummah, zakat yang ditunaikan sekurang-kurangnya meringankan beban insan – insan yang memerlukan . – Oleh : MRMY

Lain-Lain Arkib Berita

 
     
 
Paparan menarik dengan Internet explorer 4 ke atas, dan paling sesuai dilayari dengan menggunakan window XP serta resolution 800x600 pixels
::Hak Cipta Terpelihara © Bahagian IT Pusat Zakat Negeri Sembilan::