DANA ZAKAT UNTUK PENGAJIAN DI MESIR |

07 September 2009, Jempol - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah pun menghantar sekumpulan pelajar ke Mesir untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan dengan menggunakan dana zakat.
Mohamad yang juga Pengerusi MAINS memberitahu, ketika ini pelajar terbabit sedang mengikuti pengajian Bahasa Arab di Institut Bahasa Nil, Mesir bagi memantapkan pemahaman mereka dalam bahasa berkenaan.
Beliau juga memberitahu, melalui dana zakat kerajaan juga telah menaik taraf hostel Rumah Anak Negeri Sembilan di Kaherah, Mesir untuk menjadikan ia lebih selesa dan mempunyai pelbagai kemudahan yang moden.
''Kita telah menyediakan lima pensyarah dari Mesir yang datang mengadakan kelas bimbingan di rumah itu untuk memastikan pembelajaran anak-anak kita beroleh keputusan yang cemerlang," kata beliau.
Pada majlis yang sama , seramai 178 fakir miskin dalam DUN Serting menerima sumbangan daripada dana zakat.
Turut menerima bantuan zakat ialah 42 masjid daerah Jempol bagi mereka melaksanakan aktiviti sepanjang bulan Ramadan ini
Lain-Lain Arkib Berita
|