MAINS PERUNTUKAN RM 12.5 JUTA ASNAF FAKIR MISKIN |

Kuala Pilah - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) meluluskan sebanyak RM 12.5 juta daripada RM37 juta dana zakat untuk diagihkan kepada kira-kira 5,000 fakir miskin di seluruh negeri tahun ini.
Menteri Besar, Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan berkata, sebanyak RM 9 juta untuk meningkatkan syiar Islam dengan memberi bantuan program dan menaja pelajar agama serta perubatan manakala RM4 juta untuk bantuan kepada amil yang menguruskannya.
Menurut beliau, sejak enam tahun MAINS menaja pelajar dalam bidang perubatan di Timur Tengah dan kini 10 orang dihantar bersama 40 pelajar lain yang berada disana. Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa warga PDRM bersama Menteri Besar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah.
Lain-Lain Arkib Berita
|