Arkib Berita Arkib Agihan Akhbar Soalan Tazkirah Rangkaian Lain Isi Kandungan Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai Koleksi Jejak Asnaf Koleksi Web Radio Khutbah Jumaat
Sejarah Penubuhan Konsep Penubuhan Visi & Misi Motto Objektif Strategi Budaya Kerja Bahagian/Unit Carta Organisasi Peta Lokasi Pengenalan Jenis Zakat SPZB Zakat Dan Cukai Kalkulator Zakat Cara Kira Zakat Amalan Berzakat Cara Pembayaran Operasi Sampai Ops Rakan Niaga Pameran Zakat Taklimat Zakat Slot Info Zakat Khutbah Jumaat Kuliah Zakat Operasi Akhbar Operasi Tol Operasi Wiper ZaKAD Tahun 2000 Tahun 2001 Tahun 2002 Tahun 2003 Tahun 2004 Tahun 2005 Tahun 2006 Tahun 2007 Tahun 2008 Tahun 2009 Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai
Berzakat menyuburkan dan mengembangkan harta pembayar zakat. Firman Allah SWT : "Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah, ialah sama seperti benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, yang mengandungi seratus biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang menghendakinya." (Al-Baqarah, 261)
Kadar Nisab Zakat Harta Untuk Negeri Sembilan Bagi Tahun 1430H adalah
RM 7,909.03
Borang Zakat SPZB Versi .pdf
Borang Zakat SPZB Versi .xls
Powered by Squirrel Mail
(ver 1.5.1)
Username
:
Password
:

PZNS Mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008
     
 
AGIHAN ZAKAT : OKU, WARGA EMAS DIBANTU

  

     SEREMBAN - Tanggungjawab menjaga kebajikan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas tidak seharusnya dilupakan masyarakat sebaliknya golongan ini perlu dibantu bagi meringankan beban mereka, lebih-lebih lagi sempena Ramadan.

    Menteri Besar, Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan berkata, setiap individu berhak hidup senang dan bahagia seperti mana individu lain. “Walaupun mereka ini kurang keupayaan, namun kita tidak seharusnya menyisihkan mereka, malah semua pihak perlu bekerjasama membantu meringankan beban hidup golongan ini.

    “Kerajaan Negeri bukan membantu pada bulan Ramadan sahaja, tetapi pada hari-hari biasa juga kita turut memberi bantuan bagi membangkitkan semangat kepada mereka untuk terus hidup dan tidak rasa tersisih,” katanya.  Penerima, Mohd Said Hassan, 67, yang kehilangan kedua-dua belah tangan akibat kemalangan di tempat kerja, melahirkan rasa syukur dengan bantuan diterima. Katanya, bantuan itu satu kebahagiaan kerana kecacatannya menyukarkan pergerakan seharian untuk mencari rezeki.

    “Saya kini hanya berniaga kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaan seharian. Sejak kehilangan tangan 42 tahun lalu, kehidupan saya menjadi semakin sukar dan mencabar.

    “Namun begitu, saya bersyukur kerana bantuan diterima tidak pernah putus, malah semakin bertambah, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan dan Aidilfitri,” katanya.

    Sementara itu, Putih Mohd Nor, 82, yang turut menerima bantuan Ramadan melahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada pembayar zakat. Menurutnya, sebelum ini beliau tidak pernah menerima bantuan sedemikian, namun pada kali ini, kegembiraan Ramadan lebih terserlah kerana berkesempatan menerima bantuan zakat  tersebut.

    Program penyampaian agihan zakat, adalah anjuran   Baitulmal (MAINS) diadakan di Dewan Orang Ramai Rantau. Seramai 150 fakir miskin, termasuk warga emas dan OKU telah menerima bantuan tersebut, dan kira-kira 50 masjid termasuk surau di seluruh negeri ini menerima cek bantuan sempena bulan puasa - MRMY.

Lain-Lain Arkib Berita

 

 

 

 

 
     
 
Paparan menarik dengan Internet explorer 4 ke atas, dan paling sesuai dilayari dengan menggunakan window XP serta resolution 800x600 pixels
::Hak Cipta Terpelihara © Bahagian IT Pusat Zakat Negeri Sembilan::