178 FAKIR MISKIN KUALA PILAH TERIMA AGIHAN ZAKAT |
Oleh : En Shahrizad bin Abu Kasim ( Pegawai Zakat Kuala Pilah)

01 September 2009, Kuala Pilah - Sempena kedatangan ramadhan al-mubarak ini, Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menyampaikan agihan zakat berjumlah RM 35,600.00 kepada 178 orang fakir miskin manakala 68 buah masjid di Kuala Pilah telah menerima peruntukan zakat berjumlah RM 1.500 setiap masjid dengan jumlah keseluruhan RM 102,000.00. Penyampaian agihan zakat itu disampaikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan di Dewan Tuanku Ampuan Najihah Sri Menanti, Kuala Pilah.
Penerima bantuan fakir miskin adalah dari kariah Masjid Kampung Tengah dan Kampung Galau masing-masing seramai 46 orang, Kampung Gunung Pasir 45 orang, Jamek Tuanku Munawir 30 orang dan Kampung Seri Merual seramai 11 orang. Bantuan diberikan sebanyak RM 200.00 seorang.
Pada majlis yang sama Pihak Tabung Haji (TH) turut menyerahkan bayaran zakat dan bantuan duit raya kepada setiap fakir miskin sebanyak RM 140,000.00. Sumbangan berbentuk hamper keperluan hari raya dan wang sebanyak RM 300.00 setiap orang. Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Ismee Ismail.
Semoga dengan agihan zakat yang dihulurkan ini akan memberi sinar bagi golongan yang memerlukan untuk meraikan Aidilfitri dengan lebh bermakna.

Diantara penerima-penerima agihan zakat.

Sumbangan kepada masjid diwakili oleh nazir-nazir.
Lain-Lain Arkib Berita
|