FAKIR MISKIN KUALA PILAH TERIMA ZAKAT |
Oleh : En Shahrizad bin Abu Kasim – Pegawai Zakat K.Pilah

Kuala Pilah - Seramai 98 orang golongan fakir miskin di daerah Kuala Pilah telah menerima bantuan bulanan dari pihak Baitulmal berupa wang tunai berjumlah RM100 setiap seorang bertempat di Masjid Dato’ Undang Kamat, Johol Negeri Sembilan.
Bantuan tersebut diserahkan dalam program “Hari Bertemu Pelanggan Baitulmal” (Mains) yang disempurnakan oleh Tn. Hj Borhan Bin Redan, Pembantu Khas Dan Setiausaha Politik kepada YB Adun Johol dan Ustaz Zainal Bin Said, Pegawai Baitulmal Negeri.
Sebanyak 4 buah masjid telah dipilih untuk menerima bantuan iaitu Masjid Dato’ Undang Kamat (fakir miskin – 54 orang), Masjid Tanggai (fakir miskin – 18 orang), Masjid Tangkoh (fakir miskin – 16 orang) dan Masjid Gemencheh Ulu (fakir miskin – 10 orang) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 9,800.00. Baitulmal terus prihatin dalam membela nasib golongan tersebut dan dana zakat dapat disalurkan kepada golongan yang benar-benar berhak menerimanya.

Pegawai Baitulmal Negeri menyampaikan bantuan.

Wakil adun Johol turut menyampaikan bantuan.
Lain-Lain Arkib Berita
|