Arkib Berita Arkib Agihan Akhbar Soalan Tazkirah Rangkaian Lain Isi Kandungan Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai Koleksi Jejak Asnaf Koleksi Web Radio Khutbah Jumaat
Sejarah Penubuhan Konsep Penubuhan Objektif Strategi Budaya Kerja Visi & Misi Bahagian/Unit Carta Organisasi Peta Lokasi Pengenalan Jenis Zakat SPZB Zakat Dan Cukai Kalkulator Zakat Cara Kira Zakat Amalan Berzakat Cara Pembayaran Operasi Sampai Ops Rakan Niaga Pameran Zakat Taklimat Zakat Slot Info Zakat Khutbah Jumaat Kuliah Zakat Operasi Akhbar Operasi Tol Operasi Viper ZaKAD Tahun 2000 Tahun 2001 Tahun 2002 Tahun 2003 Tahun 2004 Tahun 2005 Tahun 2006 Tahun 2007 Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai
Berzakat menyuburkan dan mengembangkan harta pembayar zakat. Firman Allah SWT : "Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah, ialah sama seperti benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, yang mengandungi seratus biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang menghendakinya." (Al-Baqarah, 261)
Kadar Nisab Zakat Harta Untuk Negeri Sembilan Bagi Tahun 1430H adalah
RM 7,909.03
Borang Zakat SPZB Versi .pdf
Borang Zakat SPZB Versi .xls
Powered by Squirrel Mail
(ver 1.5.1)
Username
:
Password
:

PZNS Mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008
     
 
SUMBANGAN ZAKAT RINGANKAN BEBAN

    SEREMBAN 15 September 2008. - ''Bantuan seperti ini amat diperlukan oleh kami sebagai ibu tunggal untuk menyara kehidupan."

    Itulah luahan beberapa ibu tunggal yang ditemui selepas menerima sumbangan daripada zakat baru-baru ini.

    Sumbangan wang dana zakat berjumlah RM300 itu disampaikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan di Masjid Kampung Paroi.

    Ara Anuar, 51, berkata, pemberian tersebut mampu meringankan beban yang ditanggungnya selama ini, lebih-lebih lagi ketika umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

    ''Saya bersyukur, kerana ia besar ertinya kepada saya dalam menempuh cabaran sebagai ibu tunggal sejak tujuh tahun lalu.

    ''Wang zakat ini akan digunakan untuk persediaan menyambut Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi," katanya.

    Aminah Ahmad, 51, yang mempunyai dua orang anak berkata, sambutan bulan Ramadan dan Aidilfitri kelak dibuat seperti biasa.

    ''Saya terharu menerima sumbangan zakat seperti ini. Setelah 12 tahun menjadi ibu tunggal, bantuan zakat seperti ini masih diterima lebih-lebih lagi ketika kita berada dalam suasana Ramadan ini.

    ''Untuk persiapan Aidilfitri kali ini, ia akan dibuat secara sederhana. Saya akan berjimat dan membelanjakan sedikit untuk keperluan anak-anak," katanya.

    Bagi Siti Normah Harun, 55, yang baru sahaja bergelar ibu tunggal sejak setahun lalu berkata, sumbangan zakat tersebut satu rahmat baginya dalam meneruskan kehidupan membesarkan anaknya.

    ''Ini kali pertama saya menerima sumbangan zakat ini dan saya berharap agar lebih ramai pihak yang sedia membantu golongan yang senasib dengan saya," ujarnya.

    Norkiah Abd. Halim, 53 menjelaskan, bantuan zakat tersebut amat diperlukan dalam menyambut Syawal yang akan tiba tidak lama lagi.

    ''Orang seperti saya sememangnya memerlukan sokongan dari semua pihak, apatah lagi dalam menghadapi suasana yang penuh cabaran," katanya.

Lain-Lain Arkib Berita

 

 
     
Paparan menarik dengan Internet explorer 4 ke atas, dan paling sesuai dilayari dengan menggunakan Window XP serta resolution 800x600 pixels
::Hak Cipta Terpelihara © Bahagian IT Pusat Zakat Negeri Sembilan::