| |
8,807
FAKIR MISKIN, ANAK YATIM TERIMA ZAKAT
|

15
September Seremban - Seramai 8,807 fakir miskin dan anak yatim
seluruh negeri ini menerima wang zakat dengan peruntukan bernilai
kira-kira RM 1.8 juta.
Pemangku
Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) En.
Kamal Amran Kamaruddin berkata jumlah itu membabitkan 4,996
fakir miskin yang menerima peruntukan RM 1.48 juta dan 3,811
anak yatim menerima peruntukan RM 381,100.
Katanya,
Kuala Pilah menerima RM 536,000, diikuti Seremban (RM 363,900)
, Rembau (RM 281,900), Tampin (RM 224,400) , Jelebu (RM 181,200)
, Jempol (RM 154,800) dan Port Dickson (RM137,700) . Setiap
fakir miskin menerima RM 300 iaitu bantuan bulanan dan RM
200 untuk persiapan hari raya, manakala anak yatim menerima
RM 100 seorang .
”
Secara keseluruhan, perbelanjaan kali ini meningkat sedikit
berbanding tahun lalu kerana terdapat penambahan dari segi
jumlah fakir miskin berikutan takrifan pendapatan fakir miskin
yang sudah ditingkatkan kepada RM 720 sebulan berbanding RM
530 sebulan sebelum ini” katanya.
En.
Kamal Amran yang juga Ahli Lembaga Pengarah PZNS berkata,
wang zakat ini akan diberikan secara berperingkat dengan sebahagianya
sudah diagihkan pada majlis yang diaturkan di setiap daerah
serta disampaikan sendiri oleh Pengerusi MAINS, Dato' Seri
Utama Hj Mohamad Hj Hasan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan.
”
Kita akan memastikan wang berkenaan diagihkan kepada penerima
sebelum Aidilfitri bagi membolehkan mereka menggunakannya
untuk keperluan masing-masing terutama membuat persiapan menyambut
lebaran ” katanya. – Sumber Berita Harian
Lain-Lain
Arkib Berita
|
|