Arkib Berita Arkib Agihan Akhbar Soalan Tazkirah Rangkaian Lain Isi Kandungan Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai Koleksi Jejak Asnaf Koleksi Web Radio Khutbah Jumaat
Sejarah Penubuhan Konsep Penubuhan Objektif Strategi Budaya Kerja Visi & Misi Bahagian/Unit Carta Organisasi Peta Lokasi Pengenalan Jenis Zakat SPZB Zakat Dan Cukai Kalkulator Zakat Cara Kira Zakat Amalan Berzakat Cara Pembayaran Operasi Sampai Ops Rakan Niaga Pameran Zakat Taklimat Zakat Slot Info Zakat Khutbah Jumaat Kuliah Zakat Operasi Akhbar Operasi Tol Operasi Viper ZaKAD Tahun 2000 Tahun 2001 Tahun 2002 Tahun 2003 Tahun 2004 Tahun 2005 Tahun 2006 Tahun 2007 Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai
Berzakat menyuburkan dan mengembangkan harta pembayar zakat. Firman Allah SWT : "Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah, ialah sama seperti benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, yang mengandungi seratus biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang menghendakinya." (Al-Baqarah, 261)
Kadar Nisab Zakat Harta Untuk Negeri Sembilan Bagi Tahun 1430H adalah
RM 7,909.03
Borang Zakat SPZB Versi .pdf
Borang Zakat SPZB Versi .xls
Powered by Squirrel Mail
(ver 1.5.1)
Username
:
Password
:

PZNS Mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008
     
 
DANA ZAKAT TAJA 45 PELAJAR KE TIMUR TENGAH

    Seremban 4 Julai 2008 - Dana zakat dari asnaf Fisabilillah telah disalurkan kepada 45 pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah dalam pelbagai bidang dan jurusan.

    Seramai 9 orang pelajar akan mengambil bidang perubatan ke universiti di Mesir dengan jumlah tajaan sebanyak RM 30,000 (dermasiswa RM 10,000.00 dan pinjaman RM 20,000.00).

    Bagi pelajar dalam bidang Pengajian Islam pula, seramai 6 orang akan ke Universiti Morocco dengan tajaan sebanyak RM 8,000 (Dermasiswa RM4,000 dan pinjaman RM 4,000), Universiti Jordan seramai 6 orang dengan tajaan sebanyak RM 13,500 ( Dermasiswa RM 8,000 dan pinjaman RM 5,500).

    Seramai 10 pelajar dari Institut Tahfiz Quran Negeri Sembilan (pelajar diploma) melanjutkan Ke Universiti Al-Azhar, Mesir dengan tajaan sebanyak RM 6,000 (Dermasiswa RM 3,000 dan Pinjaman RM 3,000) dan 14 orang pelajar dari Maahad Ahmadi, Gemencheh (Pelajar STAM) akan ke Universiti Al-Azhar dengan tajaan sebanyak RM 6,000 (Dermasiswa RM 3,000 dan Pinjaman RM 3,000).

    Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah mengadakan Program Intensif Timur Tengah (PITT) untuk persiapan para pelajar tersebut. Program selama tiga bulan ini merupakan salah satu program khas yang disusun dan diwajibkan kepada pelajar-pelajar terpilih dikalangan anak-anak negeri sebelum melanjutkan pengajian ke universiti timur tengah. Sepanjang kursus ini, para pelajar didedahkan terhadap program-program berbentuk kelas pengukuhan seperti Kelas Al-Quran, Kelas Bahasa Arab, kelas Bahasa Inggeris, motivasi kecemerlangan diri, ceramah, aktiviti kemasyarakatan serta aktiviti riadah.

    Dengan kos pendidikan dan sara hidup yang tinggi, tajaan ini akan dapat meringankan bebanan para pelajar tersebut . Semoga dengan iltizam dan tekad yang kuat dalam mencari ilmu akan dapat melahirkan pemimpin dan pelapis dalam segala bidang yang diceburi untuk memacu negara pada masa hadapan.


Meraikan pelajar yang akan menuntut
di universiti timur tengah.

Lain-Lain Arkib Berita

 
     
Paparan menarik dengan Internet explorer 4 ke atas, dan paling sesuai dilayari dengan menggunakan Window XP serta resolution 800x600 pixels
::Hak Cipta Terpelihara © Bahagian IT Pusat Zakat Negeri Sembilan::